Ahad, 1 April 2012

Magdalena itu kekasih


Muchsin Al Attas adalah suami kepada Titiek Sandora. Pasangan ini merupakan artis Indonesia yang agak terkenal di Malaysia terutamanya selepas muncul dengan lagu (dan filem) Dunia Belum Kiamat pada tahun 1970-an.. Muchsin meninggal beberapa tahun lalu apabila motosikal berkuasa besarnya yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan jalanraya.

Beliau pernah merakamkan lagu Penantian Berakhir. Lagu ini adalah sebuah saduran dari lagu Hindi, Aaa Ja Tujhko nyanyian Mod Rafi dalam filem Geet. Ada seorang lagi penyanyi dari negara tersebut juga menyanyikan lagu itu, jadi saya tidak pasti siapa yang dahulu merakamkan. Perbezaannya hanya pada satu perkataan. Muchsin menyebut magdalena manakala yang seorang lagi menyebut kekasihku.

Lagu itu kemudiannya dirakam semula oleh Dato M Daud Kilau dengan mengubah jodol kepada Air Mata. Liriknya masih dikekalkan. Malangnya beliau menyebut magdalela BUKAN magdalena. Hal ini demikian kerana rasanya beliau menyanyi berdasarkan hasil pendengaran rakaman asal, bukan berpandukan lirik bertulis:

Penantianku kini berakhir
kuterhempas di lembah duka dan nestapa
magdalenaku telah pergi untuk selamanya
dan tiada kembali lagi ke dunia

Airmata kini tak berguna lagi
hanya doa yang dapat menyertainya
aku terpaku di atas pusara
ingin rasanya kuturut serta
bersama magdalena

Namun tiada daya dan upaya
Tuhan telah tentukan usia manusia

bila waktunya
semuanya pun akan kembali
kepada Ilahi yang Maha Suci

Magdalena bererti kekasih. Magdalela? Entahlah.

Pengajaran mudah dalam hidup - jangan sekadar mendengar lalu mengaku telah tahu.....

Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails