Peringatan kepada pasangan sedang bercinta atau baru saja bertemu jodoh. Di saat anda dibuai keindahan alam yang ditempuhi kini, janganlah keterlaluan. Pujilah pasangan anda berpada-pada. Kalau mahu dihebahkan, carilah ayat-ayat atau frasa yang berpatutan.
Jangan sebut, "...ada syurga di wajahnya!".
Jangan diulang frasa klise, ".....dia ternyata terlalu istimewa."
Hebahkan hubungan, bukan hebohkan keistimewaan melampau dia di mata dan hati anda.
Peringatan ini berasas. Hidup, katanya, umpama pusingan roda. Katanya lagi, langit tidak selalu cerah....
Jika takdir anda berpisah, bagaimana untuk menelan pujian melampau tadi?
Bukan sedikit keburukan dia dijajakan. Diungkit segala. Ditelanjangi semua. Dan dimaki!
Banyak contoh di dunia ini.
Saya suka mengambil kisah Jennifer Lopez. Bagai dunia miliknya ketika bercinta dengan aktor Ben Affleck dulu. Malah diciptakan sebuah lagu, Dear Ben, didedikasikan kepada sang kekasih.
Oleh kerana saya bukan jirannya, saya tidak tahu kenapa mereka berpisah.
Tahu-tahu J Lo, panggilan untuk juri American Idol ini, sudah pun berkahwin dengan Marc Anthony. Kisah bagaimana cinta berputik, anda carilah sendiri. Walaupun tiada lagu Dear Marc, tentulah segala yang baik tentang si suami terkeluar dari mulutnya.
Sekali peristiwa, saya melihat kemesraan mereka dipancarkan dalam rancangan American Idol awal 2011. Tidak lama kemudian (Julai 2011) mereka bercerai. Hamburan cercaan menyusul.
Mereka kekal menjadi rakan kongsi dalam satu bisnes yang dibangunkan sebelum bercerai. Bersahabat malah berkongsi pentas. Masing-masing pula sudah menjumpai yang berkenan di hati.
Namun di dada masih ada dendam atau amarah.
Ketika menyaksikan dua penari mempersembahkan tarian yang agak mengghairahkan, Marc menggelarkan mereka sebagai kekasih dan buah hatinya (honeys). Jennifer tidak memarahi penari yang menyertai satu rancangan pencarian bakat itu, sebaliknya menghamun Marc dalam satu program tv: "Kau memang babi!(pig)".sini
Sekali lagi, untuk kita, berpada-padalah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan