Isnin, 9 April 2012

Bintang popular itu......

Messi: Singa dari Argentina

Tiga gol dalam satu perlawanan.

Tidak semua pemain bolasepak mampu melakukannya. Namun, Lionel Andres Messi melakukannya dengan kerap Contahnya, dia mencipta hat-trick dalam perlawanan Liga BBVA melawan Atletico Madrid dan  Barcelona menang 5-0,  Seminggu kemudian, hat-trick Messi membolehkan "El Barca" membelasah Osasuna 8-0 pula.

Hat-rick bagi Messi adalah seperti perkara biasa. Quad-trick juga. Peminat Arsenal pasti mengingati empat golnya dalam pusingan kedua separuh akhir Liga Juara-juara 2010. Tidak hairanlah rekod yang lama bertahan milik Cesar Rodriguez (selaku penjaring terbanyak Barcelona dengan 235 gol) mampu dipecahkannya.
.
Dia mencipta nama sebagai penjaring untuk Barcelkona ketika berusia !7 tahun 10 bulan ketika menentang Albacete pada tahun 2005.  Empat tahun kemudian dia diiktiraf pemain terbaik dunia oleh FIFA. Musim berikutnya dia meledakkan 38 gol dalam 51 perlawanan dan sekali lagi memenangi anugerah tersebut. Demikian pula untuk tahun seterusnya.(Anugerah peringkat Eropah Ballon d'Or juga dimilikinya pada tahun-tahun tersebut)

 Messi juga kini dikenal sebagai model Dolce and Gabbana (D&G) dan kerap muncul di muka depan majalah. Tidak hairanlah jika majalah Sports Illustrated menyenaraikannnya sebagai pemain bolasepak terkaya dunia bagi tahun 2011 dengan pendapatan keseluruhan USD 43.8 juta..

Setakat ini, apa yang dapat kita simpulkan tentang Lionel Andres Messi - pemain yang tidak hanya rendah di padang tetapi juga aamat merendah diri ini?


Dia popular dan terbaik.

Lengkaplah.

Moga-moga kita dapat iktibar.

Hendak menjadi artis, misalnya?

Jadilah yang terbaik, akan menyusul popular itu.

Semoga Aaron Aziz dan semua pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian malam tadi tidak terbuai terus. Anda paling popular. Adakah anda terbaik?
Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails