Khamis, 26 April 2012

Pak Pandir, Di Manakah Dikau?


Ketika mual membaca dan mendengar  komen beberapa orang pandir seni mempertahankan lirik lagu Bawaku Pergi, saya  teringat Pak Pandir, penyanyi yang asalnya seorang pemain belakang tabir syarikat rakaman. Azmi, nama asalnya, terus meledak apabila muncul dengan album pertama yang mengandungi lagu  Yang Remeh-Temeh.

Berkaca mata, bercelana panjang, bersamping kain pelikat serta bertanda nama Pak Pandir di kiri baju; itulah corak penampilan pilihannya. Beliau membawa lagu yang liriknya penuh berkias dan menyimpang sedikit dari aliran semasa. Album terbitan EMI pada tahun 1982 itu memuatkan sepuluh lagu [ditambah sebuah lagu instrumental dari salah satu lagunya itu - Wasiat]:

  1. Yang remeh-temeh
  2. Sarat seorang suri
  3. Subsidi
  4. Karat
  5. Wasiat
  6. Di kancah kerinduan
  7. Kau campak cintaku
  8. Mencari sekelumit ketawa
  9. Andirku
  10. Menunggu lamaran
Namun yang paling popular adalah Yang remeh-temeh. Dalam lembut, sindirannya tajam menikam. Meneliti setiap baris liriknya, sesiapa juga akan mengakui kebenaran hakikat sekeliling atau tentang diri sendiri! Mengangguk dalam hati......

Lagu seperti inilah yang diperlukan. Membuatkan kita berfikir tentang diri, masyarakat dan negara sekali gus. Bukan berfikir bagaimana untuk melarikan anak orang atau bagaimana mahu dilarikan!

Kepada sesiapa yang turut mual, dengar dan hayati lagu ini.

Yang Remeh-Temeh

Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang

Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu

Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu

Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong
Suruh angguk-angguk
Suruh geleng-geleng

Oh puji lah aku
Ampulah aku
Senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu

Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku

Di manakah Pak Pandir kini? Dia pernah muncul dengan album kedua yang mengandungi lagu Yang Ramah-Tamah, namun gagal mengulangi kejayaan album sulung. [Biasalah, kalau berjaya lagu atau filem atau novel, akan adalah sekuelnya... Nasiblah, kalau gagal]

Atau adakah lagi Pak Pandir lain untuk benar-benar memartabatkan seni?

Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

11 ulasan:

Unknown berkata...

saya sedang cari lagu lagu pak pandir
Yang remeh-temeh
Sarat seorang suri
Subsidi
Karat
Wasiat
Di kancah kerinduan
Kau campak cintaku
Mencari sekelumit ketawa
Andirku
Menunggu lamaran
mana nak dapat ya?

Tanpa Nama berkata...

tonton tv1,tv2.tv3,ntv7.8tv,tv9 ,alhijrahtv secara online di > http://www.vecests.com/2013/01/online-tv-malaysia-radio-streaming.html

Unknown berkata...

Lirik ayat-ayat Makrifatullah....

Unknown berkata...

Lirik ayat-ayat Makrifatullah....

Tanpa Nama berkata...

Saya pernah menyanyi bersama pak pandir sevagai penyanyi tenor lagu raya-mu bulan. Hingga sekarang saya masih mencari alamat dan nombor contact beliau dan misah isteri arwah produser zalikamari...ikhlas dari dr kamilsalem, kuching, sarawak.

Kamil salem berkata...

Dr kamil salem:
Email saya: kamilsalem@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Pak Pandir (Sdr Azmi Ali) sekarang ni selalu busking di Alamanda Putrajaya, berhampiran Nando's dan Alamanda Bowling Alley. Boleh jumpa beliau di sana.

Best regards

Tanpa Nama berkata...

Saya pernah berjumpa Pak Pandir menyanyi di Food Court Persint 9, Putrajaya.
Selalu pukul 9 hingga 10 pagi setiap hari.

Tanpa Nama berkata...

Boleh berhubung terus melalu fb beliau:Pak Pandir(Yg Remeh Temeh)...@hubungi 0176858007
Alamanda Putrajaya:
Rabu &Jumaat(5-7ptg)
Sabtu&Ahad(3-7 ptg)
Foodcourt Presint 9
Sabtu &Ahad(8.30-10.30 pg)

Tanpa Nama berkata...

Boleh berhubung terus melalu fb beliau:Pak Pandir(Yg Remeh Temeh)...@hubungi 0176858007
Alamanda Putrajaya:
Rabu &Jumaat(5-7ptg)
Sabtu&Ahad(3-7 ptg)
Foodcourt Presint 9
Sabtu &Ahad(8.30-10.30 pg)

Unknown berkata...

Mahalnya Sebutir "BERLIAN" kerana tiap satunya x akan sama dengan yg lain,walaupon yg mengasahnya org ataw mesin yg sama.
Uniknya Arwah,dia berjaya meletakkan diri dia pada tahap yg lain,amat berjaya sebenarnya sbb dapat memasuki AMM 1992(aku form 5) kerana waktu tu muzik n pendengar d monopoli geng rock kapak,rock leleh,metal,thrash n sbgainya.
Inilah antara "BERLIAN"2 yg berbeza dari berlian yg larat.tengok la berapa karat dia,lagi unik,lagi mahal.x salah aku kata,pak pandir berjaya letakkan nilai dia ke tahap yg x akn mampu untuk d duakan..al-fatihah utknya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails