Ahad, 8 April 2012

Bila Nak Dibaling Kasut Itu?

Sedang jari menekan butang pada alat kawalan tv, terhenti seketika di TV2. Daripada menunggu gol yang tidak muncul di TV1 yang menyiarkan secara langsung perlawanan Felda United melayan Kedah, baik dilayan sekejap konsert Gegar Olimpik 2012. Siaran bagi mempromosi Sukan Olimpik London di mana RTM bakal menjadi penyiar utama di negara kita.

Sekejap saja persinggahan itu. One Nation Emcees yang muncul bertiga, baru selesai membuat persembahan satu lagu nampaknya. Penyanyi wanitanya bergerak ke depan lalu melafazkan salam, "Assalamu'alaikom". Baru saja saya nak memuji, dia menyambung ucapan itu agaknya berinteraksi dengan penonton:
      kom apa?
      kombat.
      bat apa?
      batmen.
      men apa?
     .............

Gurauan apakah ini? Mungkin kita pernah dengar kanak-kanak mengucapkan begitu. Namun dalam konsert yang ditonton oleh ratusan ribu (di lokasi dan di rumah) , apakah sesuai ucapan salam dipermainkan sedemikian. Malanglah One Nation Emcees jika peminat mereka mengikut gaya salam tersebut dalam kehidupan seharian sedang telah dijanjikan bahawa memberi salam itu berpahala.

Artis biasanya membela diri dengan kalimat klise .."masyarakat di luar sana bukanlah bodoh...". Namun dalam hal yang dianggap kecil oleh penerbit di RTM ini, masyarakat pula akan mengetahui kebodohan artis.

Pernah dulu seorang artis memberikan jawapan yang hampir serupa ketika berlawak menggantikan Astaghfirullah dengan Aspalela Abdullah! Beberapa ketika kemudian dia dibaling telur tembelang...........

Saya menukar siaran setelah beberapa saat melihat tiga anggota kumpula itu terkinja-kinja semula diiringi tepukan penonton. Saya kecewa. Kenapa tidak ada yang baling kasut..........?

Menonton kisah sukarelawan di Bangkok dalam Majalah Tiga, saya terfikir: adakah Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim menonton persembahan di TV2 itu..........
Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails