Isnin, 9 April 2012

Cara Mudah Mendapat RM100K

Rozita: Penafiannya juga tidak diterima

Tunjukkan kad jemputan kahwin dan anda akan menjadi lebih kaya. Itu cerita lama. Pemilik  kad yang dicari tidak muncul.

Kini, anda akan menjadi lebih kaya. RM100,000. Caranya cukup mudah. Anda punya bukti perkahwinan Datuk Khalid Mohd Jiwa dengan Rozita Che Wan? Serahkan saja kepada Datin Zaiton, kakak ipar Datuk Siti Nurhaliza. Wang tunai sebanyak itu akan menjadi milik anda.

Gosip perkahwinan Datuk K dengan pelakon yang pernah mengumumkan  persaraannya dari dunia seni lakon itu, bukanlah baru. Kedua-dua anak Kedah itu pernah menafikan. Namun penafian seolah mencambahkan lagi bahan gosip. Makin ramai yang menjadi serba dan maha tahu. Mengulas dan menambah.

Tawaran dari  pemilik Global Station Sdn Bhd ini, setidaknya memberi peluang kepada sumber yang mengaku tahu wujudnya pernikahan itu, mendapat habuan sekaligus meredakan terus gosip itu. Habuan yang jauh lebih tinggi dari kutipan komisyen iklan dalam blog-blog berkaitan.

Mungkinkah akan muncul sumber itu?

Jika tidak muncul juga, lama lagilah kita akan mendengar deretan cerita ini. Mendengar sahaja? Tentu tidak. Kita akan menokok sesedap rasa lalu makin terkumpullah saham kita juga. Di sana nanti, bolehkah kita terlepas sekadar menyatakan, saya hanya mendengar si anu yang bercerita, atau sekadar mengulas blog si polan....?

Cukuplah.Bukan saja Datuk K dan keluarga, kita pun penat!
Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails