Jumaat, 6 April 2012

Krill Kena Tinggalkan Sinar FM???


Allah Maha Penentu. Kita setakat boleh merancang.

Jika pagi ini kita masih mendengar celoteh Krill bersama rakan setugas dalam Sinar Pagi di Sinar FM, ketahuilah bahawa perancangan seorang makhlukNya ditakdirkan belum terjadi. Mungkin ada hikmahnya, Dialah Yang Maha Tahu.

Ketika membaca pembungkus nasi sarapan pagi ini, saya temui satu rencana: bahawa Krill (rakan Faizal Ismail dalam duo Khafi) akan tinggalkan dunia penyiaran dalam tempoh 3 tahun - menjelang usianya 40 tahun. Saya mencari tarikh terbitan Utusan Malaysia itu. 3 Oktober 2008. Ramadan pertama selepas pilihanraya umum kedua belas. Lalu mencari pula dalam arkib akhbar tersebut tentang kenyataan oleh pembawa nama Khairil Rashid itu.(sini)


“Saya mahu menamatkan karier di Sinar FM. Dalam tempoh tiga tahun ini, saya sedang merangka perancangan sebelum bersara antaranya meneruskan bisnes keluarga.

“Biarlah saya bersara sebagai deejay sahaja. Selepas itu, saya tidak mahu ada kena-mengena dengan radio lagi,’’ katanya yang akan bercuti seminggu untuk menyambut raya di Seremban.

Menurut Krill, selain bisnes, dia juga punyai rancangan untuk menerbitkan program televisyen sendiri yang memfokus kepada game show atau bual bicara.
 Kini 2012 sudah pun seperempat. Kalau mengikut tarikh itu, kita telah kehilangan satu suara di udara........

Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails