Seperti tidak puas menulis tentang Orkes Chandini, Batu 5, Sik.Ceritanya di sini tentang Dua Khan dan
M Nasir [asli Malaysia]
Baru saja rasanya saya melihat S Mokhtar menyanyikan lagu yang dipetik dari albumnya bersama kumpulan itu di Simpang Empat bulan lepas.Ceritanya di sini.
Dua malam lalu saya mendengar semula lagu tersebut di Youtube. Sambil itu saya membaca ulasan/komen yang dicatat. Antaranya oleh Mizal yang merupakan anak Hamid Khan, pengurus/penyanyi lagu hindi. Ada catatan dari peminat generasi lama dan baru.
Paling memilukan kerana baru tahu bahawa S Jamaludin telah lama meninggal dunia. Anaknya turut memberikan nombor telefon. Saya terus hubungi. Andy, anak arwah mesra melayan soalan saya walaupun dalam masa yang sekejap.
Tidak tahu apa yang mahu dicakapkan sebenarnya untuk takziah yang terlewat itu. Rupanya pemain organ itu telah meninggal pada tahun 1990.
Beberapa minit selepas meletakkan telefon, Andy menghantar mesej perihal dirinya yang bakal memulakan perniagaan kek berhampiran Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Dia mempelawa saya bertemu , berkenalan dan berborak. Insya Allah akan saya sampai ke premisnya.
Sementara itu marilah kita doakan yang terbaik untuk bintang yang pernah menyerikan dunia kita - S Jamaludin. Saya terkenang ketenangan beliau menyanyikan lagu Arab, Duniya bi Tikri....sambil menekan punat organ......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan