Sabtu, 14 April 2012

..... Dan Syukur Itu, Kathy

wajah 80-an
kini...




      







Kenal Kathlyn Boudville? Maaf jika ejaan nama itu salah - mungkin Kathleen.

Dia tinggal di Bromley. Bagi rakyat Malaysia, Bromley menjadi terkenal kerana Sohaimi Meor Hassan.

Ya, adik kepada pelukis/kartunis Mishar (Meor Shariman Hassan) tersebut pernah bercerita tentang siapa Kathy yang dilagukan dalam epilog yang terkenal itu. [Mishar adalah pengasas bersama Majalah Gila-Gila yang mula diterbitkan pada April 1978].

Mishar
Sejak itu saya meminati lagu-lagu Sandarkan Resahmu di Bahuku, Ros,  Suatu Permohonan Suatu Ketika, Senandung Getah Asli , Epilog Cinta Dari Bromley,Suatu Aku Yang Terlena,Senandung Tidur Tak Lena, Senandung Sambal Tumis, Ku Seru Semangatmu Kekasih, Kau Kepunyaanku, Senandung Padi Malinja, Misteri Cinta, Apabila Isteriku Tertawa dan Semalam Aku Terpikirkan Sesuatu.

Hampir semua liriknya terlekat di ingatan.  Rasanya, seolah-olah saya membaca sebuah novel percintaan Sohaimi dengan Ros, isterinya, dilatari permasalahan kehidupan semasa di kampung dan di Eropah.

Terus terang, saya tidak mengharapkan kemunculan semula Sohaimi selepas album-album tahun 80-an itu. Biarlah lagu-lagu itu sahaja diwariskan kepada generasi berikutnya. Biarlah dia kekal di kepala dengan imej rambut tebal berketak.....

Ketika dia muncul bersama arwah Zubir Ali dan Zainal Abidin serta lainnya di bawah Roslan Aziz Production dengan album Ikhlas Tapi Jauh, saya berharap projek album solonya tidak menjadi! Biarlah Sohaimi seperti yang saya dengar dalam album-album keluaran EMI sahaja.

Apabila dia berkolaborasi dengan Ana dan Altimet serta Erra, saya tidak gembira langsung.

Namun apabila dia mengumumkan bahawa acara di Pulau Pinang 30 April adalah penutup karier nyanyiannya, saya gembira. Dia telah membuat keputusan yang sepatutnya. Dia memilih untuk bersara juga dalam perniagaan dan sepenuh hati tumpuannya mengabdi kepada Allah.

Saya bersyukur

Maka kekallah Sohaimi dalam memori saya dengan lagu-lagu yang saya minati itu.

Semoga persaraan penyanyi jutawan itu akan membawanya dan Ros ke alam lebih bahagia di sini dan di sana. (Dia menjadi jutawan dengan mengaplikasi apa yang dipelajari. Bukan bergantung kepada royalti album.)

Bagaimana dengan Kathlyn?

Kathy, suatu hari nanti kau akan mengerti apa maksudnya......
Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails