Jumaat, 6 April 2012

Di Luar Sana Lagi

Ziana: Ada peminat di luar sana dan di dalam sini!
2 April. Harian Metro sini. Tempat Adam Salleh Ghani bekerja. Cerita tentang satu-satunya Siti Norziana Md Zain. Antaranya bab penjagaan badan Puan Ziana Zain. (Penggunaan 'puan' kerana mengikut Puan Sheila Rusly dan Puan Zeila Jalil ketika nama mereka ditulis sebagai produser di hujung drama keluaran rumah produksi mereka)
.......................
Jadi, peminat Ziana dan wanita di luar sana juga tidak perlu gusar kerana tidak lama lagi penyanyi kelahiran Merlimau, Melaka ini akan melancarkan produk dan petua kesihatannya.
................................
Sekali lagi di luar sana digunakan. Di dalam media cetak. Saya yang termasuk dalam 400,000 pembaca sekali lagi terpaksa menelan perkataan itu.  Sekali lagi juga tertanya-tanya adalah pula peminat Ziana dan wanita di dalam sini - di dalam helaian akhbar itu.

Hodoh sangatkah bunyinya jika dituliskan begini: Jadi peminat Ziana dan wanita lain tidak perlu gusar.............

Kalaulah Adam Salleh Ghani masih menulis........
Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails