Sabtu, 7 April 2012

Amarah 1

Ronaldo

Kerana menjaringkan gol untuk negaranya menentang Itali, seorang pemain Korea Selatan diharamkan untuk kembali bermain di Liga  Itali. Ingat lagi kejadian di Piala Dunia 2002 di Seoul?

Kerana mengenyitkan mata ke arah pengadil, selepas Wayne Rooney dibuang padang, kekalahan England kepada Portugal tidaklah sebesar cadagan agar Cristiano Ronaldo tidak dibenarkan bermain untuk kelabnya ketika itu, Manchester United.

Kekalahan Sarawak kepada Kuala Lumpur dalam Piala Malaysia  sekitar tahun 90-an diingati kerana kontroversinya, lalu ketika menyambut pasukannya di Lapangan Terbang, Kuching, seorang  peminat menjerit , agar Sarawak " Keluar dari Malaysia!!"

Demikianlah antara yang saya kenang. Dalam marah pelbagai boleh terlafaz atau berlaku. Kewarasan atau sikap profesional akan dinyahkan.

Jadi jika anda masih marah tentang apa sahaja, terutama dalam bolasepak, marahlah.

Selepas itu, lama kemudian, anda akan tahu, marah itu tidak membawa kita ke mana-mana......
Kita dan dunia masih kita dan dunia yang sebelum kita marah itu......

FAM akan terus menghukum pesalah ............
Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails