"Awak ke mana?"
"Bukankah saya dah bagi tau malam tadi? Awak lupa?"
"Jangan tipula, awak! Malam tadi bukankah awak tak bercakap sepatah pun dengan saya."
"Ya? Sorry, saya lupala, awak. Awak balik balik awal kenapa? Awak tak sihat?"
Itu dialog dalam drama yang pernah ditayangkan. Dialog antara suami-isteri yang berkahwin selepas masing-masing selesai belajar di kolej. Duduk di rumah banglo 4 tingkat walaupun belum bekerja. Pelakon-pelakonnya? Tak perlulah saya sebutkan. Cuma umur mereka sekitar 28-30 tahun. Watak emaknya pula dipegang oleh bekas penyanyi kumpulan *tut*, berusia 39 tahun. Wajah tegang, cuma rambut saja putih. Drama Malaysia..... Biasalah.
Sebagai penonton yang melangkah ke kelab warga emas, saya tertanya-tanya bagaimana panggilan isteri untuk suami begitu boleh diluluskan? Ikut trend? Tiadakah lagi ahli budaya dalam panel penilai drama?. Kalau bab pilih senarai pelakon, ketat pula kehendak mereka -mesti artis ini, jangan yang itu.
Lama dikononkan bahawa drama/filem adalah guru sivik. Penuh pengajaran. Ada mesej. Apakah dengan melepaskan dialog berawak-awak itu, pengajaran untuk anak-anak (besar dan kecil)?
Itu persoalan.
Namun jangan bimbang. Akan ada pula hamba Allah yang berkata, "Rakyat Malaysia bukan bodoh....."
Bilakah Adam Salleh Ghani akan mengulas?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan