Album Kong Kali Kong |
Demokrasi mekar di Malaysia. Itu hakikat. Anda boleh menerima atau menolak sesiapa atau apa. Atau anda boleh berkata [mengata?] tentang apa dan siapa.
Pilihanraya Umum ke-13 hanya di hujung selekoh. Akhbar, blog, laman sosial dan ceramah konvensional makin galak memarakkan keadaan. Dengar, tonton, baca dan fikir. Terserah kepada anda.
[Bagi saya dia seniman rakyat, cuma tidak begitu diangkat. Dengar dan hayati lagu- lagunya. Selain lagu bertema kekecewaan [biasalah sebagai memenuhi selera dan jiwa orang Melayu], turut diselitkan lagu yang liriknya melontarkan kritikan terhadap masyarakat umum.
Dengarlah lagu Semua Naik, Sakit Kencing Manis, Semua Duit, Ada Tiang Tiada Lampu, Kerja Berat, Budi Bahasa, Anak Orang, Bakti dan Jasa, Mertua dan Menantu, Kita Kerja Angkat Sampah, dan Hey, Hey, Hey, Johor!]
Liriknya bersahaja tetapi berbekas.
Namun paling berbekas kepada saya ialah lagu Kong Kali Kong. Lebih-lebih lagi dalam suasana mula membahang menghadapi PRU.
Pelbagai pihak akan datang kepada anda. Baik pemerintah dan lawannya. Dalam keadaan sekarang, pemerintah di sesetengah tempat adalah pembangkang di tempat lain. Jadi bersainglah mereka. Bersaing jugalah orang harapan mereka. Bersaing lagi orang kepercayaan kepada orang harapan mereka. Bersaing pula pengikut-pengikut orang kepercayaan kepada orang harapan mereka...........
Muncullah saudagar-saudagar janji dan penjaja-penjaja mimpi.
Pesan untuk kita dan mereka: Berhati-hatilah.
Kong kong kali kong
sana bidik sana bohong
kong kong kali kong
jangan tipu orang kampung
Jagalah jaga paklong dan maklong
sawah kebun nanti dilelong
kong kong kali kong
Ada yang berlagak jadi tauke besar
harta orang habis disambar
ada yang berlagak lebih berani
konon orang kanan menteri
wang orang dibawa lari
busuklah nama pembesar negeri
Kong kong kali kong
sana bidik sana bohong
kong kong kali kong
Anak gadis banyak dilelong
jagalah jaga pakcik dan makcik
harta habis anak diculik
kong kong kali kong
Terkait juga lagu Pi Mai Pi Mai Tang Tu nyanyian arwah Nasir P Ramlee [ meninggal pada Disember 2008] di bait:
Duduk kedai kopi cerita pasai negeri
semua dia reti lebih dari menteri
duduk darilah pagi petang tak pulang lagi
rezeki habislah lari ...... rugi sendiriMelayu, bangsaku......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan