Strawberi dan Blueberi untuk Ketajaman Otak
Buah blueberi dan strawberi patut menjadi pilihan terbaik untuk makanan
otak anda. Sebuah kajian menunjukkan bahawa makanan yang
mengandungi kadar flavonoid tinggi (strawberi, blueberi dan produk beri
lainnya) dapat melambatkan penurunan fungsi kognitif otak.
Kajian yang diterbitkan jurnal Annals of Neurology menemukan bahawa wanita yang makan satu hidangan atau lebih blueberi atau dua hidangan atau lebih strawberi seminggu boleh melambatkan penuaan kognitif pada otak hingga 2.5 tahun, berbanding dengan mereka yang makan sedikit atau tidak makan produk beri sama sekali.
Dalam penemuannya, pengkaji melibatkan 16,010 wanita yang menyertai Nurse Health Study. Dalam kajiannya, mereka telah mencatat pola makan semua wanita sejak tahun 1980, dan mengukur fungsi mental peserta pada usia 70 tahun atau lebih dan yang tidak mengidap stroke antara tahun 1995 dan 2001.
Pengkaji mengukur fungsi kognitif peserta menerusi perbualan telefon yang dilakukan dalam jangka waktu 2 tahun. Kemudian peserta diminta untuk menjalani ujian memori seperti mengulang setiap percakapan yang baru didengar atau mengingat kata-kata atau angka-angka. Hasilnya menunjukkan bahawa mereka yang makan lebih banyak buah beri memiliki otak lebih muda 2.5 tahun daripada mereka yang tidak makan buah beri.
Para pengkaji menyimpulkan bahwa kandungan tinggi flavonoid, bahan yang ditemui dalam tanaman yang memiliki antioksidan kuat dan anti-inflamasi, terutama dari beri, berfungsi dalam mencegah penurunan fungsi kognitif pada orang dewasa yang lebih tua.
Mereka menjelaskan, stress dan peradangan (inflamasi), mempengaruhi penurunan fungsi kognitif, namun dengan meningkatkan kandungan flavonoid hal itu dapat dikawal.
"Kami memberikan bukti epidemiologi pertama bahawa buah beri dapat memperlambat perkembangan penurunan kognitif pada wanita berusia lanjut," kata ketua pengkaji, Dr Elizabeth Devore di Brigham and Women Hospital dan Harvard Medical School di Boston.
"Penemuan kami memiliki implikasi yang signifikan terhadap kesihatan masyarakat agar dapat meningkatkan penggunaan beri sebagai modifikasi diet yang cukup sederhana dalam memberikan perlindungan fungsi kognisi otak pada orang dewasa yang lebih tua," tambahnya
Meskipun kesan penggunaan beri dilihat sangat membantu pembaikan memori, namun mereka mengatakan bahawa ada makanan lain yang mengandung jumlah tinggi flavonoid seperti misalnya teh, bawang dan anggur merah.
Sumber: Medicaldaily.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan