Sabtu, 7 April 2012

ABPBH 2012: Yang Tak Ingin Ada





Pedulikan siapa pemenang bagi kategori apapun!

Aaron atau Maya, anak Samad lagi ataukah Si Najwa ( yang dikhabarkan ditonton 6.5 juta dalam AJL lalu)? Biarlah. Nasib telah tertulis.

Skrip untuk acara itu juga telah ditulis. Namun amat-amatlah diharapkan agar perkara berikut ditiadakan dalam skrip:

1. Soalan bodoh: Apa khabar semua? kerana insya allah tiada sesiapa yang sedang nazak akan turut ke dewan atau santai menonton di rumah. Kalau skrip ini terlepas juga, dan dijawab BAIK!!!! oleh penonton yang alim dalam ilmu tatarakyat itu, janganlah diulang pula oleh orang /penyampai/penerima anugerah berikutnya. Takut dikatakan kurang pendengaran pula, kerana seluruh negara telah mendengar jawapan awal tadi!

2. Soalan bodoh II: Apa khabar ................? Lama tak nampak. Apa perkembangan terbaru ......? Ini adalah perbualan antara dua penyampa di atas pentas sebelum memanggil penerima anugerah. Soalan itu bolehlah ditanyakan sekarang, kerana sudah tahu siapa pasangan anda atau paling lewat pun ketika berjumpa sebelum acara berlangsung, di belakang pentas. Nak berlaga apa pun tak kisahlah semasa itu. Gunakan masa di pentas untuk menunjukkan anda cerdik dan menggunakan acara itu dengan cerdik pula.

3. Menjaja nama penaja pakaian yang dipinjam. Kalau penaja itu rasmi, jangan bimbang, akan muncullah namanya di penghujung rancangan (credit title).

4. Haramkan frasa di luar sana! Lihat sini dan sini.



Bagi penonton di dewan, teranlah jerit anda kepada calon atau pemenang yang anda undi dan suka sahaja. Jangan dibagi sama rata takut nanti dikatakan tiada pendirian pula.


Selamat menjerit!
Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails