Manusia sentiasa merancang.
Mereka berkumpul di Southampton di mana berlabuhnya sebuah kapal mewah. Mereka berasal dari 28 buah negara terdiri daripada 1309 orang. Pelayaran pula dijangkakan selama 12 hari.
Demikianlah 100 tahun lalu. Namun, kapal itu, Titanic ditimpa celaka - merempuh gunung ais.
Kini, dengan tempat bertolak, hari pelayaran dan jumlah penumpang dari jumlah negara yang sama, dirancangkan Titanic Memorial Cruise. Tujuannya untuk melalui jalan yang dipilih Titanic dulu yang bermatlamat akhir di New York.
Dengan menggunakan kapal MS Balmoral, mereka bercadang untuk sampai ke destinasi yang tidak dicapai oleh Titanic itu.
Namun hingga kini telah dua kali perjalanan itu tertunda. sini
Pertama kali, setelah bertolak dari Southampton, Ahad lalu, angin kencang amat mengganggu pergerakan kapal seberat 43.5 tan itu. Mereka mesti tiba pada tempat kejadian malang tersebut tepat pada Sabtu ini jika benar ingin menjejak peristiwa itu.
Malang pula, kapal tersebut terpaksa berpatah balik sejauh 20 batu nautika ke arah Ireland apabila seorang penumpangnya jatuh sakit. Jurukamera BBC, Tim Rex, yang bertugas membuat liputan pelayaran bersejarah itu dinasihatkan oleh doktor untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera. Beliau yang berusia 56 tahun, diterbangkan ke hospital di Ireland dengan khidmat helikopter penjaga pantai. Kapal pesiaran itu kemudian meneruskan perjalanan.
Sekiranya sampai ke tempat tragedi itu berlaku, satu majlis peringatan akan diadakan, sebelum kapal bertolak ke Nova Scotia, tempat di mana beberapa mangsa dalam kemalangan Titanic disemadikan.
Kemudian barulah ke New York.Lengkaplah jadual asal dan matlamat Titanic.
Namun, hanya perancanganlah milik manusia. Kini penumpang kurang seorang dan tempoh masa bukan lagi 12 hari....................
Siapakah di sebalik ini? Cuba kita insafi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan