|
Ketika kemuncak bersama Barry(tengah) dan kembarnya Maurice (kanan) |
Robin Gibb kini koma. Doktor merasakan inilah hari-hari akhirnya.
Dwina, isterinya, Barry [abangnya yang juga anggota The Bee Gees], serta 3 anaknya berada di sisi katilnya.
Robin menghidap kanser hati dan usus. Ketika bertarung untuk pulih selepas pembedahan, para doktor percaya ada ketumbuhan baru.
Selain kanser yang dideritai sejak 2010, dimulai dengan usus dan kemudiannya merebak ke hati, dia dikesan menghidap pneumonia [melibatkan pernafasan di paru-paru]
|
Wajahnya pada Oktober lalu |
Kembarnya, Maurice meninggal pada tahun 2003, pada usia 53 tahun kerana komplikasi perut. Adik mereka Andy terlebih dahulu meninggal dikatakan kesan ketagihan dadah.
Awal bulan lalu, dalam satu temubual, Robin membayangkan bahawa tragedi yang menimpa keluarganya - Andy dan Maurice yang meninggal dunia dalam usia muda dan semua yang berlaku ke atasnya adalah 'karma' yang diperolehi atas kemasyhuran dan keberuntungan nasib mereka. Namun dia menegaskan bahawa mereka bertarung keras untuk pencapaian itu
Kini dia sedang bertarung .........lagi.
.
Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan