Ahad, 29 Julai 2012

Catatan Untukmu Siso.......

Pada dekad 90-an, bertahun lagu Keranamu Malaysia dinyanyikan kerana tema sambutan Hari Kebangsaan tidak berubah. Anak yang belum ke tadika hingga datuknya yang berperangai seperti budak tadika seperti sinonim dengan lagu itu. Dengar muzik intronya sahaja, sudah ada yang menggerakkan bibir ingin turut bernyanyi. Malah ada sekolah pernah memutarkan lagu tersebut kerana terlupa telah ada lagu lain untuk hari perayaan itu, ketika tahun pertama tema sambutan diubah, kemudiannya.

Selepas itu muncul pula lagu tema yang lain. Walaupun tidak seglamor lagu Keranamu Malaysia, masih ramai di kalangan pelajar, terutamanya, yang mampu menyanyikannya.

Demikianlah. Lagu patriotik mestilah dapat dijiwai oleh seramai mungkin rakyat.

 Tetapi untuk tahun ini.........inilah lagunya:




Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati

Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi

(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia

Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia

Kasihan anak-anak sekolah jika diminta menyanyikan lagu tersebut. Ada bahagian rap lagi......

Pelbagai luahan dalam blog [termasuk dari penyokong pemerintah], facebook dan twitter dapat kita baca. Kebanyakannya tidak menggemari lagu itu.  Pelbagai ulasan yang di luar batas susila juga ada. Kita akur dengan kebebasan bersuara. Dengan mudah kita akan menuding kepada pihak lain yang sememangnya tidak menggemari kita. Salahkah kita mendengar suara hati rakyat juga?

Tetapi saya yakin itulah lagu yang akan kekal sebagai lagu tema tahun ini. Itu lagu dengan lirik ditulis bapa menteri, Dato Seri Utama Dr Rais Yatim. Hingga ke mana pun dia akan bersedia memberi alasannya untuk mewajarkan lagu itu kekal.

[Ingat kepada Dato' Sabaruddin Chik? Ketika beliau mempengerusikan jawatankuasa sambutan Hari Kebangsaan, sampai sudah dia bertegas menggunakan KECAPAIAN walaupun ahli bahasa sendiri berkata perkataan yang sesuai apadalah PENCAPAIAN untuk frasa tema Hari Kebangsaan tahun berkenaan. Sehingga hujung hayat politiknya, dia dikenal sebagai Sabaruddin Kecapaian........]

Siapalah kita..........

Khabarnya lagi, lagu janji Ditepati adalah lagu ciplak......berdasarkan catatan dalam Youtube ini:

Lagu ini ada lah ciplak dari Lagu Rohani org Kristen bertajuk SERUKAN NAMANYA .. sedih saya menjadi warga Malaysia , lagu kemerdekaan pun curi dari lagu org lain .. TUHAN ampuni kami

Alahai. Apalah daya kita?

Bukankah lebih murni jika setiap tahun, satu pertandingan diadakan untuk mencari lagu sempena hari bertuah negara itu?

Atau naif sangatkah kau,Siso, yang menulis lirik Keranamu Malaysia untuk memahami tema tahun ini, jika kita mengharapkan beliau memberikan liriknya? Bagaimana dengan Habsah Hassan atau Manusia Putih atau S Amin Shahab atau ..........

Siso, saya catat ini, dengan berat hati setelah terbaca tajuk ini dalam Harian Metro Online:
Lagu tema kemerdekaan paling buruk dalam sejarah negara

Bilakah kita akan benar-benar merdeka?

{Bagi yang tidak tahu, Siso [Syed Indera Syed Omar] anggota trio Kopratasa, adalah penulis lirik yang saya minati...}
Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails