Saya juga menonton hingga habis - habis maksudnya sampai membaca habis credit title di hujungnya.
Ingin dilihat hasil kerja siapa cerekarama ini. Arahan Raja Ahmad Alauddin rupanya. Terbitan Primeworks Studio yang terkenal itu. Skrip oleh PGR Team(Grup?) dan dua nama lain yang agak asing di kaca tv.

Ditukar judul? Ya, sebab judul asalnya Dalam Mihrab Cinta - diterbitkan di Indonesia sebagai filem pada mulanya [2010] dan diikuti oleh siri tv.

Rupanya saya silap. Penulis skrip itu memang orang tempatan. Versi seberang itu tulisan Habiburrahman El Shirazy, penulis novel Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan lainnya. Novel dalam Dalam Mihrab Cinta dijadikan filem dan diarah sendiri oleh sang penulis itu, setelah filem dari novelnya kesemuanya disutradarakan oleh Chaerul Umam.
Terlalu ramai ' termasuk blogger, yang memuji drama ini. Mesejnya berkesan. Penuh pengajaran. Macam-macam lagilah yang semuanya positif.
Skrip atau ceritanya diciplak? Pedulikan, kata mereka. Hanya cerekarama, bukan buat keuntungan........
Tapi takkanlah penulis skripnya diberi cek kosong.......
Kalaulah ada peluang begitu, saya ingin menulis skrip berdasarkan banyak lagi cerita menarik dari negara jiran itu, malah dari Bollywwod juga. Bukan buat keuntungan, yang penting penuh pengajaran dan bermesej baik......
Namun bagi saya, kita mungkin mengagumi hasil kerja mereka tetapi marilah kita mereka hasil kerja sebaik itu pula. Bukan meniru secara terus.
Barang diingat, lagu latar drama Maafkan Aku adalah nyanyian kumpulan berasal dari Cisaat, Sukabumi, Indonesia iaitu Vagetoz berjudul Taubatku.
Rupanya telah terhakis rasa malu itu di pihak kita..........
Tahniah, Primeworks Studio. Sebuah hasil kerja yang menarik. Terjemahan yang tercantik.
Adam Salleh Ghani, adakah anda turut menonton tv3 malam tadi?
Masih adakah yang peduli?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan