Sabtu, 21 Julai 2012

Bersediakah Untuk Memilih?

  Ramadan baru bermula.

Lupakan tentang pilihanraya. Itu urusan PM. Undang-undang dimaktubkan begitu. Bagi yang agak kurang senang kerana hampir tipis lidah berceramah dan kehabisan modal, sabarlah. Ini bulan untuk kita menumpukan sepenuh fokus untuk beribadat.

Nampaknya amat beruntung rakyat di empat negeri. Mereka boleh mengundi lebih awal untuk peringkat negeri mereka, jika mereka mahu. Caranya? Mintalah ketua kerajaan di negeri-negeri Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang membubarkan dulu Dewan Undangan Negeri masing-masing. Ini juga termaktub dalam undang-undang. Bolehlah penceramah dari negeri lain berpusu-pusu ke empat negeri itu.Penyokong dan pemerhati lagilah ramai.

Jika demikian, akan majulah industri pelancongan domestik. Hotel dan homestay akan penuh, rumah sanak saudara akan riuh. Selepas itu, apabila PM umum pembubaran parlimen dan DUN lain, kita bolehlah berceramah  atau mendengarnya lagi. Akan sepanjang tahunlah kita meriah beraya....... Kalau bubar dan memilih sekarang pun, belum habis pihak swasta pengutip kertas poster di tiang  selesai tugas, kita tetap akan buat ceramah baru, menunggu pula PRU 14. Pusingan itu akan berulang. Kita bukan Amerika, yang apabila selesai pemilihan presiden, boleh balik duduk rumah dan buat kerja sementara menanti penggal berakhir. Kita, Malaysia. Negara yang unik, yang ramai rakyatnya adalah begitu ahli dalam politik.

Kalau cara itu ditolak juga, kita hanya mampu bersabar. Allah dan PM yang tahu harinya untuk kita mengundi. Ini belum masuk tahun kelima selepas PRU 12. Kalau kita tidak lupa, selepas PRU 1990 yang membolehkan kerajaan negeri Kelantan bertukar tangan, tahun 1995 baru ada PRU berikutnya. Lima tahun dan tidak jadi masalah pun. Maka sabar dan relakslah......

Kalau teringin juga memilih, mari kita relevankan dengan bulan ini. Bulan Ramadan al Mubarak.

Kita pilih baju, kuih dan warna cat rumah, misalnya. Sudahkah anda bersedia? Peniaga, pemborong dan pembuat telah lama menyelak daun kalendar bulan Julai dan Ogos........

Lihatlah.........



 
 

 Bersedia?

Sabar...........

Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails