Isnin, 9 Mac 2015

Damai itu Indah


Dalam hidup ini kita boleh berbeza pendapat. Kita juga berhak mengemukakan pandangan dan fakta yang kita yakini benar. Namun, dalam masa yang sama kita berusaha menjaga hubungan baik sesama muslim, bahkan sesama insan. Perbezaan tidak semestinya membawa kita bertegang habis-habisan. Kita boleh berbeza dan tidak bersetuju tapi terus bersama dalam ukhuwwah islamiyyah yang luas yang membawa kita boleh duduk bersama, minum dan tersenyum.

Like ·  ·  · 20,749591778


Kalimat di atas adalah katahati Dr MAZA [ Mohd Asri Zainal Abidin], Mufti Perlis, di laman rasmi fbnya, dipercayai berkaitan isunya dengan penceramah terkenal Dato Mohd Kazim Elias.

Setuju amat.

Sepatutnya menjadi pegangan semua insan.

Saya terkenang dua peristiwa.

Pertama, lama dulu, kes dua pengacara terkenal yang pernah dikatakan tidak tahu yang mana nombor wahid di antara mereka. Azwan Ali dan Aznil Nawawi [Datuk]

Image result for aznil azwan
Lama mereka membawa haluan masing-masing. Dikhabarkan tidak bertegur sapa dan pemgikut masing-masing saling memperlekeh pihak 'lawan'

Akhirnya mereka berdamai. Dunia pengacaraan bukanlah luas....

Bergambar sakan mereka bagi menunjukkan keakraban yang kembali terjalin. Ada satu foto sampai berpelukan di atas katil! 

Kedua, kes Hans Isaac dengan AC Mizal [Datuk], dua pelakon teater CUCI serta bekerjasama dalam banyak aktiviti seni lain.
Lapan tahun mereka dengan hal masing-masing. Ada istilah pecat-memecat.

Image result for ac mizal hans isaacMinggu lepas, mereka berdamai. Akan bekerjasama lagi untuk projek baru. Satu sidang media diadakan bersekali dengan pengumuman projek serta proses berdamai.

Industri hiburan bukannya luas...Kalimat klise, bukan...?Tetapi biarlah. Bukan ada orang kisah pun..

Macam biasa, ada foto sedang berpelukan, tanda melupakan sengketa lama.

Klise? Bilarlah...

Maka apalah sangat dua kes itu jika mahu dibandingkan dengan perbezaan pandangan di antara dua tokoh agama tadi. Hangat dan sempat pula pengagum masing-masing berbalas hujah dan serangan di media sosial. Syaitan pun sempat bergumbira....
Alhamdulillah, kelmarin mereka mencari kejernihan...
Semoga pengikut dari kem masing-masing akan turut berlapang dada...


Keterangan tiga gambar berkaitan DrMAZA:

13 hrs · Edited · 
'Minum dan tersenyum'. Saya alhamdulillah menerima tetamu istimewa malam ini Datuk Kazim Elias di Kangar, Perlis. Turut sama Dato Dr Asyraf Wajdi yang diPertua YADIM. Kami minum dan makan dengan mesra sebagai saudara muslim di cafe yang sedap menunya, Cafe Blackwood, Kangar.

Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails