Che Ta |
Selepas itu, tudung Helida Helmi. Tudung Farah. Tudung Irma. Tudung selebriti ini, seleberiti itu. Maaflah jika seleberiti bertudung kegemaran anda tidak disebut. Seleberiti pula termasuk mualaf/model, dj radio, pengacara tv, artis merangkap ahli politik... Panjang senarainya.... Yang belum ada hanyalah atlet renang dan gimnastik...hehehe
Akan datang, In shaa Allah, tudung Che Ta. Bersabarlah.
Ya. Che Ta dilaporkan bertudung.
Peminat tegarnya nan seorang - pembaca blog ini - memaklumkan kepada saya. Dia memang peminat sebenar. Orang pertama maklumkan nama suami baru Che Ta dulu. Orang pertama maklumkan kelahiran dan kemudiannya nama anak Che Ta. Saya tidak tahu kenapa saya yang menjadi salah satu insan yang dihubunginya. Mungkin nama [nombor fon] saya termasuk di dalam grup yang mesti diberitahu jika ada perkembangan tentang Che Ta.
Semalam dia cukup teruja. Disekalikan dengan wajah terbaru Che Ta bertudung.
Alhamdulillah. Che Ta tidak perlukan pra-tudung seperti Dato' CT kita dulu... Terus bertudung.
Tanpa sepatah komen - hanya syukur di dalam hati - rupanya tidak menyenangkan penghantar maklumat tadi. Tiga kali dia meminta saya mengomen untuknya.
Selain syukur, apa ya yang mahu dikatakan?
Saya lalu teringat beberapa orang selebriti yang dulunya bertudung. Tetapi sekarang khabarnya tidak lagi. Di antaranya seorang penyanyi dan pelakon idola remaja 90-an dan penyanyi bersuara lantang dari Negeri Di Bawah Bayu.
Maka saya tuliskan untuk peminat tegar Che Ta itu: Semoga istiqamah.
Dia balas dengan imej cap kacang tanah Ngan Yin. Tanda bagus.
Dalam timeline fb seorang lain, kebetulan ada juga cerita bertudungnya kakak ipar Lan Pet Pet itu. Komen yang sama turun diberikan...
Lama kemudian, saya teringat media dan ustaz ada menyebut tentang bertudung tetapi pakaiannya ketat dan sendat. Saya teringat istilah Jilboobs.....
Saya terus menghantar mesej kepada peminat tegar Che Ta itu. [Harap maklum jantina peminat berkenaan adalah lelaki]. Saya tanyakan selain bertudung, corak bagaimana pula Che Ta berpakaian?
Saya tidak boleh beritahu anda apa jawapannya, kerana setelah menunggu delapan belas jam, kawan kita itu masih belum membelek mesej saya. Gamaknyalah...
Selamat menempuh alam baru, Che Ta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan