Rabu, 11 April 2012

Bertemu Slavko dan Slavek Jun Ini

Muda dan dinamik

Selepas selesai tugas si kembar Trix dan Flix, empat tahun lalu (2008), Jun nanti kita dapat pula menyaksikan berlegarnya kembar Slavek dan Slavko.

Siapa mereka? Kalau anda masih ingat, Trix dan Flix merupakan maskot Piala Eropah edisi lalu di Austria dan Sweden.

Kini , di Ukraine dan Poland, muncul pula Slavek dan Slavko.

Kedua-duanya mewakili negara tuan rumah itu. Slavko adalah adalah maskot untuk Ukraine dengan memakai seragam jersi negara - kuning biru. Slavek, dengan warna jersi putih merah pula adalah maskot untuk Poland. Rambut untuk kedua-dua maskot ciptaan Warner Bros dari Amerika Syarikat itu juga mengikut warna jersi masing-masing.

Nama pasangan ini dipilih dari undian untuk tiga pasangan akhir, disesuaikan dari nama keluarga popular di dua negara berkenaan. Selain mereka, dua pasangan lagi ialah Siemko-Strimko dan Klemek-Ladko.

Jadi sepanjang kejohanan nanti, kelibat mereka akan sentiasa muncul di mana-mana.




Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails