Julfekar pemilik MillinneumArt mempunyai strategi pemasaran yang amat baik.
Dia berkembang ke Filipina. Menerbitkan lagu nyanyian artis dari negara Jose Rizal itu. Logiknya mudah. Pasaran untuk lagu berbahasa Tagalog agak luas. Selain dari dalam negara tersebut, ramai warga Filipina berada di Malaysia terutamanya di Sabah.
Rakyat Malaysia juga ada yang fasih berbahasa Tagalog. Eleh, rakyat Malaysia. Lagu yang tidak difahami bahasanya pun ramai yang bertaraf alhafiz!
Bayangkan potensi pasaran lagu-lagu yang diterbitkan oleh Julfekar itu.
Sebagai ahli perniagaan, Julfekar terkedepan berbanding kebanyakan penggiat seni di negara kita. Dia tidak merebut kek yang sama dan kecil itu.
Tidak mustahil jika satu hari nanti dia akan mencipta lagu untuk dinyanyikan oleh artis Bangladesh, Nigeria, Myanmar dan Vietnam.
Julfekar akan popular dan berjaya. Malaysia biasanya bermakna majikan kepada pekerja asing. Mana ada rakyat kita yang menjadi pembantu rumah di sana. Maka tidak adalah artis negara-negara berkenaan menyamatarafkan Julfekar dengan pembantu rumah, apa lagi menuduhnya merosakkan industri lagu mereka...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan