Sabtu, 7 April 2012

ABPBH: Saya Tidak Jujur.....

Sekadar hiasan



Saya menggemarinya. Dalam lakonan dia hebat, ada gaya tersendiri, pengucapan dialongnya menarik, mimik muka yang sesuai. Dia berada dalam senarai akhir pelakon lelaki popular. Saya gembira. Dari puluhan hero filem Melayu, dia termasuk dalam lima terakhir.

Mengikut bloggers dan akhbar, bukan dia yang akan menang. Ramai menjangkakan juara bertahan akan kekal atau paling tidak seorang lagi saingan rapatnya. Hero saya tidak termasuk dalam kebarangkalian itu.

Inilah dilemanya.

Jika saya mengundi hero saya, berdasarkan ramalan awal,dia tidak akan menang. Dia juga dalam kenyataannya merendah diri dan mengakui sukar untuk mengatasi dua calon paling popular itu. Baginya , meminjam ayat artis-artis tahun terdahulu, berada dalam senarai akhir pun sudah mencukupi.

Dan saya juga tidak akan termasuk dalam kelompok kemungkinan mendapat hadiah jika saya menyenaraikannya.  Sesama pelakon yang lima pun dia kalah, awal-awal lagi terkeluarlah dia dari calon yang bakal membawa Nissan Teana pulang, selaku Artis Paling Popular.....

Memikirkan demikian, saya tidak memilih pelakon pujaan saya itu. Maafkan saya, kerana demi hadiah yang ditawarkan, saya terpaksa curang......

Kepada pemenang, dalam keterujaan itu ingatlah saya dan rakan-rakan seperti saya yang mengundi anda, Anda memang popular, namun bukan anda bintang di hati. Saya hanya mahu menjadi pembaca akhbar yang bergelar pemenang....Bab sorak, anda jangan takut -  sorakan saya tetap menyamai sorakan peminat tegar anda.

Kepada hero saya, sekali lagi minta maaflah........Saya tetap menunggu kemunculan anda dalam filem terbaru.




Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails