best giler cite nie. harap boleh masuk cpat online video...
tak kering gusi dibuatnya, suka ngan zul yahya selamba je...
Demikian dua komen penonton yang dipetik dari satu blog berkenaan drama KALUT yang disiarkan dalam slot CEREKARAMA TV3 pada 15 Disember 2012.
best giler.
tak kering gusi dibuatnya.
Baguslah kerana sekurang-kurangnya niat untuk menghiburkan peminat tegar drama Melayu tercapai.
Saya ikut menonton, malangnya tidak sempat hingga ke penyudahnya.
Tengah sedap menghadap tv - melihat keselambaan watak Zul Yahya - saya menghentikan tontonan. Entah perasaan apa yang muncul di minda dan kemudiannya di dada. Semoga rasa itu bukan tiba hanya di minda dan dada saya.....
Mertua menyuruh menantu yang entah berapa kali dan lama membetulkan enjin van yang sering meragam, menghidupkan enjin semula dengan membaca Bismillah. Menantu membalas bahawa berapa kali atau jenis Bismillah telah dilafaznya namun enjin van tetap enggan hidup. Tak mengapalah, katanya, biar disebut bacaan lain pula. Maka dilafazkanlah ayat dari entah bahasa negara ASEAN mana, lalu mencuba, dan enjin van pun menderum..... Satu keluarga bergirang. Bertolaklah van tersebut dengan lancarnya.......
Zul Yahya
Saya terpaku. Astaghfirullah. Rendah sangat kalimah Bismillah di mata penulis skrip, pengarah, penerbit drama tersebut dan pembuat keputusan di TV3.
Berapa ramai agaknya yang tertawa kerana terasa lucu mendengar dan melihat Zul Yahya melafazkan ayat pengganti Bismillah tersebut? Berapa ramai pula yang tidak berasa apa-apa mendengar dialog bahawa membaca Bismillah tidak membantu......
Pasti jumlahnya adalah sama banyak dengan yang berkata: Itu sekadar hiburan sahaja @ rakyat Malaysia bukannya bodoh......
Namun yang sahih, tidaklah seramai mereka yang marah kepada Julia Perez yangmerendahkan drama Malaysia berbanding produk negaranya, Indonesia. Orang kita baik-baik dan dilahirkan bersama gen tidak kisah.....
Saya mengalih saluran. Sambil berharap Adam Salleh Ghani mengarahkan staffnya di Harian Metro menulis sebaris teguran atau beliau sendiri turun padang menulis komen seperti waktu menghasilkan kolum Jarum Emas di Metro Ahad... Beliau yang petah berbahasa tatkala mengomen dan berkuasa pula menerbitkan omelan, diharap dapat berbuat sesuatu. Hanya beliau pada waktu ini yang mungkin berwibawa melontarkan komen tanpa berselindung di sebalik nama pena. Mahu diharapkan yang lain? Saya tidak nampak...... Siti Jarum diMingguan Malaysiapula bukan nama sebenar....
Seorang wartawan media cetak yang bertukar ke media online telah menjejaskan dunianya apabila menulis tentang Sampai Bila Radio RTM Nak Jadi 'Makcik-Makcik'?telah ditempelak di dalam satu forum Cari.com.My. Pada hujung forum bertajuk Cerdik Ke Wartawan ***namanya***? Seorang ahli forum mencatat begini:soklan aku plak.... ada ke wartawan hiburan yg cerdik???
Seorang wartawan hiburan [kini dinaikkan pangkat] yang agak cerdik, bagi saya, hanyalah beliau - Adam Salleh Ghani.
Hingga detik ini, saya masih menanti buah kerja Adam! Komenlah sikit drama itu......
Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan