|
Wawa |
Saya tidak kenal
Wawa. Saya tidak kenal juga ayahnya,
Encik Zainal. Terlalu ramai selebriti di negara saya ini, maka jika saya
diperkononkan pun saya rela.....
Tetapi membaca akhbar cetakan
Utusan Malaysia hari ini, juga yang onlinenya
di sini, saya terpanggil untuk mencatat di sini.
Wawa mahu bertudung. Mahu, tetapi bukan sekarang masanya.
"Tidak dinafikan itu merupakan kewajipan kita sebagai umat Islam,
cuma mungkin dalam waktu sekarang belum tiba waktunya untuk saya
melakukan sedemikian."
"Saya tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit dan menipu orang
ramai dengan berpura-pura seperti itu,"
katanya yang ternyata kelihatan
manis semasa bertudung.
Wawa tahu akan kewajipan itu, tetapi nanti dulu, dia juga tidak mahu berpura-pura menipu orang ramai!
Rupa-rupanya gambar yang dipaparkan di akhbar bukanlan dirinya yang sepatutnya, masih dalam hipokrit itu....
Waduh!
Wawa, begini sajalah. Nawaitu itu sudah baik. Jangan takut pada kata orang atau lebih manis sedikit, usah bersangka buruk pada orang ramai. Majoritinya akan menyukai Wawa bertudung.
Maka, bertudung sajalah Wawa. Kerana, demi dan untuk Allah!
Kebetulan bersama cerita Wawa, di akhbar sama, muncul juga kisah
Noor Kumalasari, yang pernah saya sebutkan amat cerdik dalam berhijrah.[
Lihat entri di sini] Saya semakin menghormatinya sebaik membaca artikel hari ini
di sini.
|
Noor dan suami |
Wawa sendiri renungkanlah ucapan menyentuh suaminya, yang sepatutnya dilafazkan oleh semua bapa dan suami kepada anak-anak perempuan dan isteri masing-masing yang masih berkira-kira atau beralasan untuk bertudung.Sekali lagi
baca di sini. Begini kata suaminya,
Wan Mohd Yusoff, semasa si isteri bercadang untuk bertudung,
"Awak yang tentukan bila, tapi pohonlah kepada Tuhan
semoga dipanjangkan usia sehingga tarikh itu."
Noor memilih tahun 1997, sebaik pulang dari mengerjakan haji, pada usia 40 tahun.
Apakah Wawa mahu menunggu hingga usia 40 tahun juga? Boleh. Tetapi pastikah Allah memanjangkan usia sehingga tarikh itu?
Maka, sekali lagi Wawa, bertudung sajalah.....
Salam Jumaat, Wawa.
Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan