Chelsea: 20 Tahun Lalu |
Sekat pengambilan makanan bijirin yang manis. Sehari hadkan waktu menonton tv selama HANYA 30 minit. Katakan tidak untuk pizza [juga makanan segera lain] Tiada rancangan kartun pada hari cuti.
Bagaimana jika keadaan itu diletakkan kepada anak-anak kita. Apakah reaksi mereka?
Menonton bersama ayah dan tetamu [1993] |
"Mak dan ayah 'ni gila kut!" Mungkin itu kata mereka, paling tidak pun di dalam hati. Atau boleh jadi mereka akan terima dengan satu syarat: Emak pun janganlah sampai bersembahyang Maghrib pada pukul 8 malam, semata-mata hendak khusyuk menonton drama Melayu yang bermula ketika bilal sedang bersiap menuju ke masjid! Sah awal-awal lagi syarat itu akan ditolak. "Anak aku 'ni gila kut!" Mungkin kata si emak sekuat hati.............
Apa pun, demikianlah zaman kanak-kanak yang terpaksa dilalui oleh Chelsea, anak tunggal bekas wanita pertama dan kini Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton.
Si ibu, Hillary |
Pengalaman ini diceritakan dalam prakata sebuah buku keibubapaan "Talking Back To Facebook". Buku yang ditulis oleh bekas pensyarahnya di Universiti Stanford itu, menjengah pasaran mulai kelmarin, di negaranya.
Dia yang berusia 13 tahun ketika ayahnya, Bill mula menerajui Rumah Putih, hanya diizinkan menonton buat pertama kali rancangan berdurasi sejam, "ER", ketika sudah remaja. Kalau bermain permainan komputer pula hanya bersama si ayah.
Sekali lagi, bagaimana jika anak kita diperlakukan begitu?
Membayangkan suasana hidup Chelsea ketika itu, rasanya anak-anak kita - berdasarkan jumlah jam menonton tv, berhadapan komputer dan sepupu-sepapatnya, serta bersandarkan jumlah bahaman makanan manis dan segera mereka - tiada yang ingin bermimpi menjadi anak kepada Presiden atau Wanita Pertama Amerika Syarikat!!
Untuk Chelsea, anak-anak kita tentunya menghulurkan simpati dan berkata: Kasihan!
Chelsea kini: 32 Tahun |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan