Sabtu, 5 Mei 2012

Aaron Aziz: Kalaulah Dr Rozmey Sanggup Bersabar!



JITRA, 15 Ogos – “Sedang seluruh rakyat Malaysia menggigil-gigil dan teruja menantikan kehadiran filem 2 Alam untuk pecah panggung RM40 juta fenomena mengenai 2 Alam sudahpun melanda Indonesia,” kata Datuk Dr Che Rozmey ketika ditemui dipejabat beliau.

Semua di atas (gambar dan captionnya juga) adalah dipetik sepenuhnya dari SINI.

Tiada suntingan apa-apa. kata Datuk Dr Che Rozmey ketika ditemui dipejabat beliau. sedangkan di atasnya tercatat Di tulis oleh ddrozmey pada 12:58 pm. Biarlah.....he he he. 15 Ogos itu pula untuk tahun 2010 dulu.

Entah bagaimana sejak dua hari lalu teringat sangat pada iklan-iklan semuka penuh di akhbar Kosmo! pada tahun 2010 tentang filem 2 Alam. Lebih ingat dari filem itu sendiri. Anda sendiri bagaimana?

Setiap hari itulah yang saya cari dahulu dan membaca sambil menggigil tersenyum! Bahasanya yang bombastik membuatkan saya teruja - ternanti-nanti akan iklan hari berikutnya - dengan ikut serta menghitung hari untuk filem itu masuk serta memecahkan panggung!

Tidak nafikan itulah seingat saya promosi paling hebat untuk sebuah filem. Berbulan-bulan muncul semuka penuh dalam akhbar nasional bukanlah murah kosnya. [Setiap hari juga kita dapat melihat wajah DDD tersenyum sambil menunjukkan isyarat bagus]. Itu belum termasuk promosi dengan menganjurkan konsert besar yang turut mengundang Amy Search dan Ramli Sarip.

Namun apakan daya. Takdir menentukan bahawa filem itu tidak diterima penonton.

Barangkali kerana skripnya yang tidak menarik.  Ini pandangan seorang pengulas, Syazwan Zakariah:

"Jika 2 Alam sekadar mahu memberitahu betapa seksanya jenazah orang berdosa sewaktu dikebumikan, lebih bagus penonton membaca majalah Mastika saja."

Barangkali pula DDR silap juga mengambil pengarah yang dua orang itu. Kata Syazwan: "Saya tidak pasti mengapa pengarah sangat obses kepada lagu Salam Terakhir nyanyian Amy Search.Kalau lagu tema sekalipun, perlukah ia dimainkan berkali-kali untuk babak imbas semula? Mereka mahu membuat filem atau video muzik? Tidak salah kalau ingin menjadikan naskhah ini sebuah melodrama, tetapi janganlah malas. Syot yang sama diulang pakai sehingga penonton naik muak"

Barangkali juga DDR salah dalam pemilihan pelakon? Bab ini rasanya tidak! Senarai pelakon dalam filem ini bukan calang-calang. Siapa yang tidak kenal Faizal Hussain, Kuswadinata, Rosnah Johari,Yank Kasim, Lando dan Sabree Fadzil. 

Paling utama, siapakah yang tidak kenal Aaron Aziz???

Sengaja saya buat perenggan baru untuk Aaron kerana dia bintang paling popular di kalangan pengundi dari akhbar Berita Harian.

Silap DDR ialah memilih ketika untuk melihat filemnya ditayangkan! Kalaulah filem 2 Alam itu ditayangkan hari ini tentu sasaran RM40 juta dengan mudah digapai. Orang kita bukan tengok skrip atau pengarah. Mereka tonton orang yang mereka suka.Mereka suka kepada pelakon yang sering muncul di tv. Stesen tv pula menentukan siapa yang boleh ada dalam senarai pelakon. Kekerapan muncul memungkinkan mereka popular atau paling popular. Nah, ketika ini Aaron yang paling popular...

[Lihat saja filem lakonan Zizan dan Johan yang ditayangkan baru-baru ini. Kata pengarahnya, filem itu diterbitkan dua tahun dulu, ketika dua pelawak itu belum begitu popular [bayarannya pun tentu ikut taraf waktu itu...] Tapi ditayangkan ketika mereka sedang meletup, hasilnya meletuplah juga....]

Bayangkan dengan kos pengiklanan yang mampu di pihak dR Movie, filem 2 Alam itu ditayangkan waktu ini...

Saya yakin senyuman DDR akan lebih meleret sambil mengangkat dua ibu jari. Bagussssss.

Sementara itu saya terus membelek iklan-iklan 2 Alam dalam Kosmo! pada tahun 2010 dulu... he he he.





Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails