Hollande: Takdir Telah Tertulis DSK: Takdir Untuknya Juga Tertulis! |
Semalam seluruh dunia amnya, Eropah khasnya dan khusus yang eksklusif pula untuk Perancis, tertumpu kepada seorang lelaki bernama Francois Hollande. Dia yang berusia 58 tahun telah memperolehi hak untuk menerajui penggal pertama sebagai Presiden negaranya. Beliau memperoleh 53% sokongan berbanding Presiden sebelumnya, Nicolas Sarkozy [47%]
Dia seperti berjaya membalas dendam kerana pada pilihanraya presiden 2007, isterinya Segolene Royal, ditewaskan oleh Sarkozy.
Namun sebulan selepas kekalahan tersebut, pasangan yang memiliki empat anak itu, berpisah. Puncanya? Beberapa bulan selepas perpisahan itu, sebuah laman web Perancis mendedahkan betapa Hollande memiliki hubungan intim dengan seorang seorang wartawan bernama Valerie Trierweiler. Kekasih gelap Hollande ini kemudian mengakui bahwa dia punya hubungan rapat dengan Hollande kepada majalah Perancis, Tele 7 Jours.
Kini lelaki berketurunan Belanda itu, mengahwini bekas kekasih gelapnya itu dan turut serta berkempen sepanjang proses pilihanraya berkenaan.
Namun skandal itu tidak sampai menjejaskan kerjaya politiknya - hal yang tentulah amat dicemburui oleh DSK!
Betapa tidak? Sebelum skandal seksnya muncul semasa memegang jawatan Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), beliaulah calon utama parti untuk mencabar Sarkozy. Setelah meletakkan jawatan dalam IMF, [Berita penuh di sini.] secara langsung beliau terpaksa melupakan cita-cita politiknya. Hollandelah yang terkedepan untuk ditonjolkan.
Dominique Gaston André Strauss-Kahn kini menepuk dahi.
Sebelas bulan setengah!
Itulah sela masa antara waktu dia ditahan dengan hari keputusan pilihanraya presiden diumumkan.
Tanpa skandal itu, mungkin DSK kini sedang bermandi wain terbaik meraikan kemenangan sambil berselang-seli menyambut panggilan Obama dan pemimpin-pemimpin lain.
Bukan Hollande!
Dalam genggaman lagi terlepas, inikan pula baru disentuh. Demikianlah takdir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan