Selasa, 1 Mei 2012

Syaitan Merah: Peluang Masih Ada!

Tandukan Kompany yang menghasilkan gol

Ada sahabat yang masih murung pagi ini. Bercuti dalam duka.

Berjaga hingga ke pagi menonton pasukan kesayangan gagal menembusi kubu The Citizens. Memarahi Cris Smalling yang gagal bertindak pada detik tepat menghalang Vincent Kompany menanduk gol tunggal perlawanan.

Jangan melatah, sahabat. Sambil mengakui hak Mancity untuk menang, ManU masih berpeluang meraih juara liga. Lawan yang lagi dua tidak memungkinkan masalah besar - Swansea City dan Sunderland. Sedangkan Si Biru terpaksa berdepan dua pasukan yang mesti turun berhabisan - satu untuk mencelah ke Eropah (Liga Juara-juara) musim depan manakala satu lagi mahu mengelak dari tersingkir dari Liga Perdana - Newcastle United dan Queens Park Rangers.

Jangan melatah, sahabat. Sir Fergie pun tidak gelabah.Masih optimis. Ustaz Azizan pun tidak melatah apabila ada orang kata Negeri Kedah akan diambil mereka - malah MB Kedah sempat membalas berkira-kira untuk mengambil Perlis! Keyakinan itu penting!

Yakinlah. Kemudian terimalah ketentuan takdir seperti kita mahu orang lain menerimanya......

Sabarlah, sahabat. Masih ada waktu dan peluang untuk Syaitan Merah. Ini yang mampu saya catat untuk sahabat dan kawan-kawannya, sambil tersenyum..............

* Dua perkara yang saya baru perasan:

1.Paling tinggi ManU atau ManC akan menjulang Piala Liga Perdana. Tapi Malaysia, negara tercinta kita ada Liga Super. Kelantan atau Terengganu atau lainnya akan julang Piala Liga Super. Kiranya di segi pangkat, pasukan di Manchester itu baru sama dengan ATM atau Pahang. he he he. Malaysia hebat wooooo.....

2. Selalu sangat sebut The Red Devils, bila hendak dipanggil dalam bahasa kita rupanya mereka ini pasukan Syaitan Merah...............
Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails