Isnin, 7 Mei 2012

Nora Danish Mengaku Murtad.......



Sebagai Siti Hawa dalam Sumpah Bunian

Malam 5 Mei, seperti biasa, saya menonton tv dengan alat kawalan di tangan.

Seperti biasa juga, selang dua tiga minit, butang ditekan. Saya berpindah bilik.

Masuk ke bilik tv9. Stesen yang dulu dikatakan kampungan dengan rancangan pengisian rohaniah dan kemelayuan kini sudah moden.Sudah global. Sudah ada rancangan Versus dan drama pun ada pakai tajuk Friday, I'm In Love..... Tahniah tv9!

Waktu saya di bilik itu, Faizal Ismail sedang mengendalikan bualbicaranya. Tetamunya, Aiman, yang akhir-akhir ini selalu berada dalam senarai pelakon yang diperkenankan oleh pemegang kuasa program tv. Dua lagi, juga dalam senarai itu, Siti Saleha [kalau tidak silaplah; seperti kata bini Re dalam filem Do Re Mi, aku bukan asyik hendak ingatkan kau saja!] dan Nora Danish.

Topik perbualan mereka saya tidak tahu. Ketika saya singgah, Aiman ditanya tentang gen ketinggiannya, Siti pula berkata gen kecantikannya dari sebelah ibunya,campuran Inggeris-Belanda. Dia mengakui tidak tahu bahasa negara kincir angin itu. Nora pula memberitahu ada darah Denmark atau Myanmar, saya tak pasti - maklum diselit antara suaranya dan Faizal. Lagi pula perlukah saya peduli?  Dia mengaku tidak boleh berbahasa ibunda negara datuk neneknya itu.

Ketika itulah terpacul perkataan 'murtad' dari mulut Nora, yang  saya rasa orang Denmark itu. Memang perkataan berkenaan merujuk kepada dirinya yang tidak tahu langsung bahasa negara yang disebutnya sebelum itu.

Namun sesuaikah perkataan pilihan Nora itu? Dan yang mendengar hanya tersengih atau terlopong?

Sahlah artis kita ini miskin perbendaharaan kata........

Kalau hendak yakin lagi lihatlah semula rancangan itu dalam www.tonton.com.my atau siaran ulangan minggu depan.

Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

danish tu nama arwah ayahnya shj,nora x ada kacukan denmark,tp campuran myanmar dan melayu shj! faham!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails