Fenomena supermoon adalah apabila bulan kelihatan paling besar pada jarak paling dekat dengan bumi. Tahun lepas ia berlaku pada 19 Mac. Tahun ini diramalkan pada malam ini, 5 Mei.
Pelbagai telahan dibuat tentang bala yang akan timbul. Tahun lepas, misalnya, lima kapal tenggelam di Solent, United Kingdom ketika fenomena itu berlaku. Walaupun tiada pengesahan saintifik tentang puncanya, masyarakat dunia tetap bimbang. Ada yang menjangkakan sesuatu yang buruk bakal berlaku kali ini.
Sebagai hamba Allah yang percaya kepada kekuasaan-Nya, marilah kita perkuatkan iman dan yakin bahawa setiap kejadian telah Dia tentukan. Janganlah percaya apalagi taksub dengan penemuan-penemuan oleh yang diakui pakar dalam bidang kajian alam, selama ia bercanggah dengan akidah kita.
Masalah tsunami, gejala graviti dan seumpamanya yang diwar-warkan, sebenarnya adalah peringatan Allah kepada manusia tentang kekuasaan-Nya. Siapalah kita untuk menjelajah kejadian alam seluruhnya dengan ilmu yang sekelumit diberi-Nya.
Mari kita bermuhasabah diri dan bertawakal serta beristiqamah dengannya. Percayalah kepada kebesaran Ilahi.
Alangkah baiknya malam ini kita penuhi dengan berzikir dan berwirid dan seumpamanya sepenuh hati kepada Dia Yang Maha Pencipta, Yang Maha Agung dan Maha Perkasa.
Dia juga Yang Maha Mengetahui.
Allah Maha Besar!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan