Sabtu, 5 Mei 2012

Demi Tiada Yang Abadi


Pernah dengar Bennifer? Pernah tapi lupa.

Pernah dengar Tomkat? Pun pernah tapi pun lupa.

Pernah dengar Brangelina? Pernah. Ia gabungan Brad Pitt dengan Angelina Jolie. Masih wujud pula.

Bennifer? Siapa lagi kalau bukan gabungan Jennifer Lopez dengan Ben Affleck. Sudah lama tidak wujud kerana mereka berpisah dan J.Lo  kemudiannya berkahwin dengan Marc Anthony dan kemudian lagi sedang memproses fail penceraian dan kemudian-kemudian lagi sedang berpacaran dengan seorang penari.....


Tomkat? Anda carilah sendiri. Takkan semua kena suap...........

Demikianlah.

Kerana mereka seleberiti, kita diberitahu. Orang biasa pun ada yang bergabungjalin begitu. Di kampung saya dan anda pun ada, tetapi kerana kita bukan seleberiti, cerita begitu tidak akan diketahui - melainkan ada tukang gossip dan paparazzi di kalangan kita.

Di kalangan seleberiti tanah air? Melambak. Maklumlah, tiada lain niat mereka selain dari menyemarakkan industri hiburan di negara kita. Anda carilah sendiri siapa yang bergabung begitu. Nak beritahu takut kena saman..... J Lo lainlah - dia bukan reti Melayu!

Ketika inilah pakai sedondon. Makan berkongsi sudu, minum berkongsi straw. Tanyalah tentang keistimewaan pasangan masing-masing. Saya paling tak lupa kepada seorang artis yang menjawab, "Ada syurga di wajahnya!"

Moore dan Kutcher sewaktu bahagia
Pelbagailah yang muluk-muluk keluar dari mulut masing-masing. Baguslah , tapi tidak sampai habis daun kalendar tahun itu kita selak, mereka dah bercakaran, apa cerita?

Teringat saya, seseorang yang menyatakan sebuah petikan dari seorang penceramah," Masa berkahwin, masuk Nona, Masa bercerai masuk Melodi!" Kedua-duanya di TV3...

Kerana itu, nasihat kepada saya dan anda, berpada-padalah dalam memuji. Tiada yang abadi. Memang diharapkan keindahan berkekalan, namun tiada siapa menduga halangan dan rintangan di hadapan....

Saya catat hal ini hari ini apabila terbaca tentang Demi Moore. Bukan orang sini. Orang jauh. Tapi a la nya ada di sini......

Moore, bekas isteri Bruce Willis, menikahi Ashton Kutcher yang 15 tahun lebih muda darinya. Semasa bersama, Moore, 49, menggunakan @MrsKutcher untuk akaun Twitternya. Yalah, isteri orang. [Carilah keistimewaan Ashton di mata Moore sebelum dan selepas mereka baru berkahwin. Kemudian cari pula punca mereka berpisah. Ada. Cuma google saja....]

Selepas berpisah, setelah berkahwin hampir 6 tahun, dengan Ashton kini sentiasa bertukar pasangan, Moore mengambil keputusan menukarkan akaunnya kepada @JustDemi.

Demikianlah.

Sekadar mengingatkan. Berpada-padalah.
Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails