
Tricia diiringi ayahnya Presiden Nixon, pada hari perkahwinannya:
37 tahun lalu! Sumber: people.comProgram Nona TV3 memiliki rating yang tinggi sejak awal penerbitannya. Antara slot yang paling ditunggu adalah liputan majlis perkahwinan atau resepsi. Biasanya berkait dengan selebriti atau vip. Setakat perkahwinan anak Paklong kita di hujung kampung, pakat rakam dalam telefon sajalah.........
Demikianlah.
Ingat lagi? |
Kita pernah melihat atau mengikuti rapat majlis perkahwinan Datuk Siti, Ziana serta Che Ri-Che Ra, mahupun yang terkini sedikit seperti SchaWal, Fasha, Ana atau pernikahan kedua bekas ahli Elite - Watie & Azza.
Ingat lagi? |
Maaf jika artis idola anda yang lain tidak disebut. Malas nak ingat. Banyak sangat. Lebih-lebih lagi ketika ini sedang sengkak dijamu hamburan kata-kata pujian pengantin itu terhadap pasangan masing-masing. Biasalah. Wartawan bertanya ketika mereka masih dalam busana pengantin yang ditaja itu. Kalau boleh kentut pasangan pun ingin dibotolkan lalu dipatenkan!
Bagaimana pula seleberiti di peringkat global?
Masih dalam ingatan? |
Apa yang terjadi kepada perkahwinan dan kehidupan semua personaliti itu, lupakan dulu......
Kate & Suami |
Pippa |
Malah kita lebih bertuah lagi kerana ada penaja bermurah hati mengingatkan kita dengan membawa program sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka di ntv7 baru-baru ini.
Setiap kita punya era masing-masing.
Ketika anak-anak kita terangguk-angguk mendengar lagu dari artis ngetop Indonesia, jangan lupa, kita pernah terangguk-angguk sambil mengangkat pemetik api yang dinyalakan mengikut rentak lagu kumpulan rock kapak di tapak funfair! Atau ayah dan emak kita pula pernah berseluar ketat, berkacamata hitam terangguk-angguk di satu pantai mengikut rentak lagu pop yeh-yeh yang dimainkan di radiogram di dalam sebuah kedai makan dekat situ!!!!! Datuk dan nenek kita pula.....bla.... bla...R Azmi.....bla...Nona Asiah.. cukuplah....he he he..
Cubalah tanya setiap generasi itu, pastilah masing-masing teruja menceritakan kehebatan era masing-masing!
Begitu juga tentang perkahwinan selebriti.
Bagi yang sedang remaja pada awal 70-an, pasti mengingati satu perkahwinan yang dipancarkan ke seluruh dunia. Jutaan penonton melekat di depan tv. Itulah perkahwinan Tricia Nixon dengan Edward Cox.
Acara yang berlangsung pada tahun 1975 di White House itu, pasti tidak dikisahkan oleh penduduk kampung saya. Bukan kerana tidak mahu menyaksikan majlis kenduri di rumah Presiden Richard Nixon. Sebaliknya tiada penaja yang sebaik sekarang - ceritanya setakat muncul sedikit dalam berita. Itupun kami terpaksa membayar 10 sen untuk menonton tayangan gambar melayu kemudiannya di rumah orang ada-ada kerana semasa itu tv adalah benda asing bagi kebanyakan rumah kami........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan