Kumpulan gitar rancak (kugiran) menjadi fenomena yang menggoncang dunia hiburan pada tahun 60-an. Berpusat di Temasik, cepat pula menular ke seluruh semenanjung. Dalam kemeriahan itu, TV Malaysia telah mengadakan pula pertandingan Juara Kugiran pada hujung 60-an. Muncullah kumpulan anak muda dengan nama-nama unik memperagakan bakat bermain muzik dan menyanyi. Antara yang masih diingat ialah:
The Buglars dari Perlis dengan penyanyinya Zainal Abidin Ahmad. Masih terngiang juruacara malam final berkata ,"Jangan asyik tengok The Buglars bermain, The Buglars lain pula masuk rumah..."
De Westerlies dari Pulau Pinang, dengan lagu popular Gembala Lembu (penyanyinya Jules Oii, yang kemudiannya bersama kuartet MARJ (singkatan Mimi(Norazamimah Tahrim), Ahmad, Rahim dan Jules) menyertai Bintang RTM.
D Latinos juga dari Pulau Pinang, penyanyinya Z Mohamad, popular dengan dua lagu popular Goreng Pisang dan Kelapa Muda!
Band Titiwangsa pimpinan Tengku Idham, di mana pemain gitarnya Eddy Ham menjadi bualan hangat kerana terkena renjatan elektrik ketika bermain alat itu, sesuatu yang jarang terjadi pada zaman itu.....
Banyak lagi kumpulan dari setiap negeri termasuklah Jayhawkers. The Rezas, tapi memori saya terbatas. Namun yang uniknya setiap kugiran akan mempersembahkan lagu ciptaan sendiri.
1 ulasan:
Assalammualaikum...
Izinkan sy mengulas serba sedikit tentang Band Titiwangsa...
Baru sekarang sy terjumpa post ini, terdetik dihati ini nak mencari jika ada sebarang maklumat berkenaan Kugiran Titiwangsa di laman maya ni. Ada pula bertanyakan tentang pemain gitar Kugiran Titiwangsa iaitu Eddy Ham. Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 2015. Beliau merupakan atuk saudara saya.
Semoga ulasan ini bermanfaat, insyALLAH amin.
Jika tuan ada sebarang pertanyaa atau memberi sebrang info boleh email ke faiezramlee@live.co.uk
Terima Kasih.
Catat Ulasan