Jumaat, 18 Mei 2012

Di Sini Saja!



Malam AJL 26, saya nampak kelibat Masron Tamsi di hujung lagu  Awan Nano nyanyian Hafiz, yang akhirnya menjadi juara. Saya agak ketinggalan kerana tidak tahu kemunculan beliau dalam klip video sebelumnya.

Tak kisahlah.

Lama dulu, awal 80-an saya menggemari lenggok suara Masron yang menyanyikan lagu-lagu asli di RTM. Kemudian suaranya diselitkan dalam siri album lagu Melayu Deli bersama Sharifah Aini, Sudirman dan Zaleha Hamid. Bertambah tahap kegemaran saya.

Satu malam minggu, 1983/84, saya nampak pertama kali wajahnya di tv1, menyanyikan lagu dari album sendiri, Mengapa Dikenang Mengapa Difikir. Semasa itu saya berada di rumah seorang rakan di bukit Mertajam. O, ini rupanya Masron Tamsi, hati berdetik.

Besoknya, semasa menonton di sebuah pawagam mini di Penang Road, Pulau Pinang, rakaman siaran tv itu ditayangkan sebelum filem dimainkan. Dapatlah saya menilai sekali lagi lagu dan persembahannya.

Ternyata, lagu dan album tersebut meledak di pasaran. Anak Jawa dengan selempang kain pelikat itu seperti satu fenomena. Album seterusnya juga tidak mengecewakan, dengan janjinya untuk muncul dalam album sebanyak simpanan kain pelikat selempang - sekitar 8, kalau tidak silap.

Saya berkesempatan menonton persembahan live Masron di Padang Sekolah Menengah Tunku Abdul Aziz, Simpang Empat, Alor Setar ketika zaman kemuncaknya itu. Sekali itulah.

Perkembangannya sentiasa saya ikuti dari jauh. Banyak, tetapi yang diingati ketika ini adalah:

*Dia yang menduda, akhirnya berkahwin dengan Noraini Ibnu, seorang kakitangan RTM yang terkenal.

*Mempunyai grup bimbingannya yang diberi nama Santino - pernah muncul dan popular dengan lagu Bos Bos Bos.

*Entah di mana silapnya, S Atan seolah merajuk/berselisih faham dengan Masron ketika menyiapkan satu album. Untuk meminta maaf, Masron telah melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh artis terdahulu atau terkini - beliau berjalan kaki dari Kuala Lumpur hingga ke Ipoh dengan berharap S Atan akan muncul di ibunegeri Perak itu semasa pelancaran album tersebut. Saya tidak ingat berapa hari perjalanannya itu namun saya ingat S Atan tetap tidak muncul seperti yang diharapnya.

*Lagu Di Sini Saja ciptaannya telah mencetuskan polemik apabila persatuan restoran, kalau tidak silap, memprotes lirik lagu tersebut yang seolah berkempen agar masyarakat tidak ke restoran mewah. Saya terlupa bagaimana akhirnya kes itu. Hayati lirik dan lagunya serta fahami kenapa tuan punya restoran boleh marah.......

 Di Sini Saja
Apakah malam ini
Kita akan disini
Dompet kosong jadi sepi
Cukup minum di warung kopi
Jangan sepi kan diri
Bagaikan orang rugi
Kita bukan kegagalan
Tak mengunjungi kelab malam
Apa enak makan di restoren
Apa indahnya di kelab malam

Apa buruknya di warung kopi
Apa kurangnya minum disini
Bagi yang punya uang
Biarkan dia pergi
Kemampuan kita hanya disini
(Ulang dari mula)
Apakah malam ini
Kita akan disini
Dompet kosong jadi sepi
Cukup minum di warung kopi
Jangan sepi kan diri
Bagaikan orang rugi
Kita bukan kegagalan
Tak mengunjungi kelab malam
*Ada pertelagahannya dengan syarikat rakaman EMI. Puncanya, lagu Di sini Saja tersebut telah ditukarkan senikatanya tanpa persetujuan Masron. Lagu dengan lirik komedi itu dinyanyikan oleh Isma Aliff untuk album komedi. [Isma Aliff pernah muncul dengan lagu komedi dalam dua album pada tahun 1986 dan 1987. Sebuah lagu lain yang ditukar lirik, yang saya ingat, adalah lagu Penyanyi pujaan, dari nyanyian asal DJ Dave] Kesannya, beliau keluar dari syarikat antarabangsa tersebut.

Demikian sedikit tentang Masron bin Tamsi yang bernama pentas Herman Tino - nama yang dicipta oleh A J Ajmain, seorang penyanyi dan petugas di RTM, pada awal kemunculannya.



Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

2 ulasan:

matnoor berkata...

assallammualaikum, suka melayari blog saudara , tapi kali ni nak tumpang komen.. saya pernah berkawan dengan anak wak ron (herman tino), pernah jugak bermalam dirumah dia di segambut. Wak ni kalau bercakap sampai ke subuh tak tau berenti.ada sekali rumah dia dimasuki pencuri masa tu anak lelaki dia yusno sorang sorang ja kat rumah .banyak jugak barang yang hilang termasuk duit, bila dengar berita esok tu kami pakat pergi siap bermalam kat rumah dia..yang syoknya Herman Tino ni sikit tak kisah barang barang dia hilang , yang syoknya siap cakap" tak pa aku bujang bujang dulu pun maling (pencuri)..curi ayam orang, curi padi orang..lepas tu dia pukul sembang dengan kita sampai 3 pagi

Tanpa Nama berkata...

assalamuaikum. menulisnya saya disini disebabkan sedang membuat kajian tentang artis 80 an terutamanya wak herman tino. blog tuan sedikit sebanyak telah menyumbang dalam kajian saya. terimakasih saya ucapkan atas penceritaan pendapat tuan tentang wak herman. saya merupakan anak kepada salah seorang ahli origin band santino tersebut dn saya berbangga dapat mengenali artis sebaik wak herman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails