Beliau meminta Erma Fatima muncul mendedahkan kebenaran. Maka, kerana mereka yang akan menemui/ditemui pihak media, akan berpusing-pusinglah jawapannya.
Bagi rakan blogger yang menganggap itu bukan bermotifkan untung, asalkan ada pengajaran ciplak pun diizinkan, seperti kes cerekarama Maafkan Aku, sekali lagi ingin ditimbulkan: apakah Erma menerima cek kosong dari TV3 untuk kerjanya itu?
Bahayalah jika sepuluh terbaik datangnya dari sumber yang begini. Apabila ada anugerah Skrin nanti, salah seorang akan naik ke pentas dengan esak tangis mensyukuri kemenangan. Setelah majlis usai dan semua berhenti bertepuk, tidak malukah kita jika keesokannya terdengar satu tepukan bersambung dari penulis asal nun jauh di Jepun atau Korea atau Indonesia.....Dia tidak meminta apa-apa, sebaliknya memberikan sekuntum senyuman!
Cuma pengakuan jujur yang dikehendaki. Berilah pula kredit untuk pihak yang kita ambil hak mereka itu. Jangan terus menulis sebagai hak kita dan berbanggakah dengan pujian jika bukan kita yang menghasilkannnya? Mungkin cek itu boleh kita kunyah, namun percayalah tidak akan tenang hati seorang pencuri!
Kita pernah didatangkan dengan lagu-lagu saduran - Hindi atau Barat. Mungkin penciptanya tidak mendapat apa-apa, tetapi tiada penyanyi atau penerbit di negara kita yang mendabik dada bahawa itu lagu ciptaan mereka. Peminat pun tahu itu lagu saduran.
Tetapi dalam filem atau drama tv, peminat yang betul-betul teliti dan meluas tontonannya saja yang akan mengesan sesebuah skrip saduran atau ciplakan. Maka teraniayalah peminat tegar drama Melayu yang merasakan mereka telah menonton buah fikir terbaik dari negara sendiri.
Kasihan. Terus terhakis rasa malu itu.......