Saya tidak berniat negatif ketika mencatat entri Teratai, Jangan Layu Di Tasik Madu.
Hanya kebimbangan seorang bapa yang saya ada tatkala itu. Membaca akhbar, menonton berita serta beberapa blog sejak paginya, saya masih menyimpan harapan agar berita kepulangan Teratai Kamilia dapat didengar menjelang petang. Namun sehingga jam 6 petang, harapan itu tinggal begitu juga.
Saya punya tiga anak perempuan sebaya Teratai. Memandang dan mengingat mereka, saya tahu tahap kesugulan dan kebimbangan keluarga Teratai. Teratai masih terlalu muda.
Lantas, sari sudut hati seorang bapa, saya mula mencatat, membayangkan anak saya sebagai Teratai. Sedang berbagi antara keceriaan/kebingungan di 'luar sana'. Lalu saya 'menasihatkannya' agar pulang segera ke pangkuan keluarga. Itu sahaja.
Sejak pertengahan pagi Sabtu hingga awal pagi Isnin saya berada jauh di luar daerah. Tanpa menonton tv, membaca akhbar atau melawat blog mana-mana. Perkembangan kes Teratai juga tidak saya ketahui.
Pagi tadi saya membuka blog saya dan mendapati ada satu komen di hujung entri terakhir itu, dari bapa saudara Teratai, GioGio Giorno:
assalam,
saya pakcik kepada teratai..
alhamdulillah, dia dah selamat dijumpai di Taman Pelangi Johor, dengan bantuan kawan saya yang bekerja di kawasan JB....
diminta jasa baik anda agar berhenti segala komen2 dan tomahan yang boleh mengaibkan kami sekeluarga....
anda tak tahu apa yang berlaku, sidang media hanya menokok tambah cerita...
sil faham keadaan kami...

19 Januari 2013 7:56 PTG
yang juga seorang blogger itu.
GioGio Giorno
1 ulasan:
Penjelasan anda JELAS.
Catat Ulasan