Selasa, 22 Januari 2013

Ustad Fotocopy?


 

Pemuda itu bernama Shafie. Setelah beberapa tahun menghilang dari kampung halamannya, Shafie muncul kembali dan mendadak dipanggil ustaz. Bukan tanpa alasan, kehadiran Shafie dianggap fenomenal lantaran doa yang diucapkannya begitu mustajab. Namun tidak ada yang mengetahui kalau Shafie sebenarnya adalah buruan polis.


Shafie yang mempunyai nama asli Mat Angin secara tiba-tiba fasih berbicara tentang agama. Rupanya jejaka itu nyasar masuk sekolah pondok sehingga di sanalah dia belajar ilmu agama. Di kampung, Shafie tinggal bersama ibundanya yang bernama Juleha. Berkat doa mustajabnya itu Shafie banyak didatangi orang untuk meminta pertolongan dan nasihat.


Pucuk dicinta ulam tiba, Shafie memanfaatkan kepercayaan orang-orang kampung dengan menyimpan wang hasil khidmat untuk satu tujuan. Jika suatu saat Shafie benar-benar telah bertaubat, dia sudah mempunyai bekal untuk mencari Tuhan.


Kehadiran Shafie ternyata di satu sisi dianggap sebagai saingan oleh seorang ustaz yang bernama Ustaz Makmur. Kerana itulah Ustaz Makmur yang kesal mencuba mempengaruhi warga kampung untuk tidak mengakui Shafie sebagai ustaz. Tidak berlengah, Ustaz Makmur menggelar Shafie sebagai Ustaz Fotocopy.


Di bahagian lain, Shafie panik ketika polis yang tengah mencari dirinya menyebar foto Mat Angin ketika masih berserabut, berkumis tebal, serta berjambang. Tentu saja Shafie gelisah kerana selama ini dia sangat’alah’ mendengar perkataan ‘polis’. Shafie pun mulai mencari lokasi tempat dia menanam peti berisi emas hasil curian dulu.


Suatu hari seorang kaya bernama Prabu Subroto meminta doa Shafie. Ternyata Prabu Subroto juga sedang mencari peti berisi jongkong emas miliknya yang dulu dicuri kumpulan pencuri profesional. Shafie terkejut apabila mengetahui bahawa kliennya itu tidak lain adalah pemilik peti berisi emas. Prabu Subroto adalah seorang pemakan rasuah yang bebas dari dihukum kerana tidak terbukti menggelapkan wang negara.


Keterkejutan Shafie tidak berhenti sampai di situ. Dia terkejut apabila menyedari bahawa di atas tanah tempat dia dulu menanam peti itu kini sudah berdiri sebuah sekolah pondok. Berkat kecerdikannya, Shafie masuk ke sekolah pondok dengan menyamar sebagai ustaz yang berasal dari sekolah pondok di Jawa Timur. Shafie berpura-pura hendak bersilaturrahim. Tentu saja Kyai Basofi, pemilik sekolah pondok, menerima dengan senang hati. Di sekolah pondok Shafie terpana ketika melihat seorang penuntut serta anak Kyai Basofi sendiri, yang begitu cantik bernama Zulaikha.  


Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah usaha  yang akan dilakukan Shafie untuk menemukan peti berisi jongkong emas yang berada di sekitar sekolah pondok? Lantas mampukah Shafie menaklukkan hati Zulaikha atas izin Kyai Basofi?


Menarik, bukan?

 

Saya memetik sinopsis cerita itu dari laman rasmi penerbitnya, SCTV, Jakarta.  Ia disiarkan setiap malam selama dua jam mulai pukul 8.30 [waktu Jakarta…]. Shafie itu sengaja saya tukar dari ejaan asalnya Safi'i.

Memang saya sendiri tidak mengetahui cerita sepenuhnya. Mungkin penerbitnya tidak mahu memberikan sinopsis lengkap. Takut agaknya dengan penulis skrip negara jiran mereka…. Mana tahu, dengan alasan semuanya secara kebetulan, dibantu pula stesen tv yang mengejar rating, serta sebahagian penonton yang tidak kisah walaupun tahu cerita itu pernah muncul di negara seberang, untuk sekian kalinya kita malu lagi kerana meniru secara terang……. Ini bukan tidak beralas, ya. Novel dan filem garapan Habiburrahman el Syirazy [penulis novel seperti Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih] boleh dijadikan bukti…..Lihat entri Maafkan Saya:.... dan Maafkan Aku: Sebuah Terjemahan Tercantik.....

Orang kita, kalau bab meniru……

Hehehehe.

Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails