Pada tahun 1979, menggunakan nama Mohamed MN, dia telah menghasilkan
album sulungnya. Bagaimanapun album Untuk Pencinta Seni di bawah label Philips [PolyGram] itu tidak mendapat sambutan.
Saya pernah melihat iklan [hitam putih] saiz kecil album ini
di dalam sebuah akhbar, Berita Harian, kalau tidak salah.
Siapa Mohamed MN? Demikian
tanya saya waktu itu dan mungkin pertanyaan sebahagian anda pada ketika ini.
Pada tahun yang sama, anak muda 22 tahun [ketika itu] mendapati
lagu sulung ciptaannya bertajuk Hujan dirakamkankan oleh Sweet Charity, kumpulan rock yang
juga baru mula menghasilkan album. Album kumpulan dari Singapura itu
diterbitkan oleh A Husaini Ajmain [bapa penyanyi Imran Ajmain] keluaran WEA.
Itulah permulaannya Mohamad Nasir Mohamad atau M Nasir
[kini Dato’] sebagai penyanyi rakaman dan pencipta lagu.
{Selepas kegagalan album solo tersebut, beliau muncul
bersama A
Ali [yang asalnya gitaris kumpulan Sweet Charity] dan S Sahlan
sebagai trio Kembara yang menerbitkan album pertama pada tahun 1981}.
Berbalik kepada album solo awal tadi.
Pada tahun 1990, ketika M Nasir sudah dianggap sebagai sifu oleh
penggemarnya -dengan menghasilkan ratusan lagu hits dalam pelbagai genre -
album Untuk Pencinta Seni tersebut diedarkan semula. Kali ini diletakkan nama terkininya. Satu strategi perniagaan oleh pengeluar asalnya.Namun nama besar tersebut
tidak juga mampu melonjakkan jualan album berkenaan.
Dalam senarai 12 lagu di dalam album tersebut, terdapat
satu lagu saduran bertajuk September Lalu dari nyanyian asal kumpulan Earth, Wind &
Fire. Senikatanya hasil tulisan M Nasir sendiri.
Demikianlah.
Betapa jauhnya perjalanan seni dilalui oleh Dato' dari Kota Singa yang kini menetap di Kampung Sungai Pelong, Sungai Buloh, Selangor ini.
Tidak yang terlahir terus menjadi seperti adanya sekarang…….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan