Betapa berbezanya nasib mereka dengan untung kita. Hanya hati yang tertutup tidak mengakuinya........
Perkampungan
dibakar, diusir puak junta Myanmar. Bangladesh, sebagai jiran, tidak
pula menerima. Maka mengertilah kita dengan riak muka wanita bertudung
hijau serta lelaki ini. Pembunuhan menjadi perkara biasa, tidak kira
yang dewasa atau bayi. Memang penghapusan etnik yang dahsyat.Semalam saya menonton temubual dengan pelarian. Paling tersentuh, ketika ditanya kenapa semua itu terjadi, jawabannya ialah: kerana mereka Muslim! Mereka tidak diizinkan bersolat Jumaat di masjid, sebaliknya disuruh mencuci kuil! Mereka dipaksa memakan daging babi atau ditembak!
Nampaknya nasib mereka masih seperti dahulu atau pun mungkin semakin buruk.
Kata orang sekeping gambar lebih baik dari seribu perkataan. Maka tolong jumlahkan berapa juta perkataan bagi foto-foto di bawah untuk menggambarkan kekejaman junta Myanmar itu...

Sementara menunggu untuk ke bazar Ramadan, saya dedikasikan foto saudara-saudara kita di bawah ini untuk anda.....
Apa juadah kita hari ini? Ayam percik? Kambing bakar? Tom Yam? Terubuk berinti?......Kuih talam? Karipap inti daging? Roti John?... Sirap bandung? Jus markisa? ABC?
Slurppppppp!
Bersyukurkah?
Kita akan ditanya!
Bagi yang terlebih untuk berbuka itu, jika ingin menghulurkan sumbangan, ini antara pihak yang sepatutnya dihubungi:

Tiada ulasan:
Catat Ulasan