Rabu, 9 Mei 2012

Kasihan Chelsea!




Chelsea: 20 Tahun Lalu

Sekat pengambilan makanan bijirin yang manis. Sehari hadkan waktu menonton tv selama HANYA 30 minit. Katakan tidak untuk pizza [juga makanan segera lain] Tiada rancangan kartun pada hari cuti.

Bagaimana jika keadaan itu diletakkan kepada anak-anak kita. Apakah reaksi mereka?

Menonton bersama ayah dan tetamu [1993]
Tentang makan mungkin boleh dirundingkan, namun bagaimana tentang menonton tv? Setengah jam sehari?

 "Mak dan ayah 'ni gila kut!" Mungkin itu kata mereka, paling tidak pun di dalam hati. Atau boleh jadi mereka akan terima dengan satu syarat: Emak pun janganlah sampai bersembahyang Maghrib pada pukul 8 malam, semata-mata hendak khusyuk menonton drama Melayu yang bermula ketika bilal sedang bersiap menuju ke masjid! Sah awal-awal lagi syarat itu akan ditolak. "Anak aku 'ni gila kut!" Mungkin kata si emak sekuat hati.............

Apa pun, demikianlah zaman kanak-kanak yang terpaksa dilalui oleh Chelsea, anak tunggal  bekas wanita pertama dan kini Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton.

Si ibu, Hillary

Pengalaman ini diceritakan dalam prakata sebuah buku keibubapaan "Talking Back To Facebook". Buku yang ditulis oleh bekas pensyarahnya di Universiti Stanford itu, menjengah pasaran mulai kelmarin, di negaranya.

Dia yang berusia 13 tahun ketika ayahnya, Bill mula menerajui Rumah Putih, hanya diizinkan menonton buat pertama kali rancangan berdurasi sejam, "ER", ketika sudah remaja. Kalau bermain permainan komputer pula hanya bersama si ayah.

Sekali lagi, bagaimana jika anak kita diperlakukan begitu?

Membayangkan suasana hidup Chelsea ketika itu, rasanya anak-anak kita - berdasarkan jumlah jam menonton tv, berhadapan komputer dan sepupu-sepapatnya, serta bersandarkan jumlah bahaman makanan manis dan segera mereka - tiada yang ingin bermimpi menjadi anak kepada Presiden atau Wanita Pertama Amerika Syarikat!!

Untuk Chelsea, anak-anak kita tentunya menghulurkan simpati dan berkata: Kasihan!
gty chelsea clinton jef 120402 wblog Chelsea Clinton, Sandra Fluke Unite Over Rush Limbaugh Attacks
Chelsea kini: 32 Tahun
Sumber:ABC News
Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

Selasa, 8 Mei 2012

Ahmad Dhani dan Sammy, Tolonglah Kami!



Ahmad Dhani
  


Ahmad Dhani memang terkenal di Malaysia. Lupakan  gosip dan cerita lara perkahwinan lalunya. Dia adalah pengasas Dewa 19 Ahmad Band, Mahadewa, Muhammad Dhani & The Swinger serta lainnya. Dia juga pencipta lagu-lagu yang tidak hanya melonjak di negara tumpah darahnya.

Dia turut berjaya menjulang ramai penyanyi termasuklah isteri, Mulan Jameela dan bekas isteri, Maia, yang uniknya pernah bergabung dalam kumpulan Ratu.

Malah untuk anak-anaknya ditubuhkan kumpulan The Lucky Laki yang meledak juga dengan lagu Aku Bukan Superman di tanah air kita.

Bakat bintang berdarah Jerman di sebelah ibunya itu cukup terserlah hingga ke Australia; di Malaysia jangan cakaplah. Maka tidak hairanlah bapa kepada Ahmad Al Gazali, El Jalaluddin Rumi dan Ahmad Abdul Qadir Jilani serta Shafiyya diundang sebagai juri tetap program realiti tv Mania di Astro. Berulang aliklah dia antara KL- Jakarta setiap kali program itu bersiaran.

Dhani Ahmad Prasety, nama berdaftarnya, pernah menimbulkan pertelagahan antara pengikut seni apabila dinamakan sebagai Pengetua Akademi Fantasi musim kesembilan, juga di Astro.

Sammy
Sammy  Simorangkir pula, bekas anggota kumpulan Kerispatih. Malam ini, mulai pukul 9,dia akan muncul dalam showcasenya  di Seduction Club and Live Bar di Kuala Lumpur sambil memperkenalkan album baru, yang di Indonesia berjudul Aku Kembali. Baru dua malam lalu diberi kesempatan muncul di rancangan Mentor tv3.'Dah baca di sini?

Dua artis tersohor ini ada di bumi Malaysia.Mereka punya pengikut yang ramai di Indonesia. Jadi , dimintalah jasa baik mereka untuk kembali bercerita tentang suasana sebenar dan bagaimana sambutan hangat warga Malaysia terhadap kunjungan mereka. Perdengarkan sekali jeritan dari kerongkong anak gadis Malaysia setiap kali mereka muncul di atas pentas.

Begitu juga permintaan untuk sesiapa juga yang punya pengaruh di Indonesia. Kunjungan anda yang tidak menggugat perundangan negara ini, atas alasan apa pun, akan disambut dengan mesra dan ramah

Malah belum pernah terjadi, bintang sukan Indonesia dibawa dengan kereta kebal untuk ke hotel atau lapangan terbang, sekali pun mereka mengalahkan atlet Malaysia. Tanyalah Lim Swee King yang mengalahkan Misbun Sidek dalam Piala Dunia Alba dulu..... Tak kenal? Tanyakan saja kepada Bambang Pamungkas atau Taufik Hidayat.

Meski ada orang Malaysia bercerita sebaliknya di Jakarta, abaikan saja. Biasalah, negara atau bangsa mana juga akan ada petualangnya.....

Lebih cantik lagi, apa kata mereka yang di bawah ini, dibawa melawat Malaysia dan melihat keadaan kehidupan rakyat negara mereka di sini. Betapa keharmonian ada, asalkan sentiasa tahu batas susila dan undang-undang. Tidak usahlah terlalu mengikut kata hati tanpa mengkaji duduk perkara.

Kejadian berdemonstrasi di depan Kedutaan Malaysia pagi tadi tidak sepatutnya berlaku.

Ketahui punca mereka berdemo di sini

 

Juga di sini 



Ahmad Dhani dan Sammy, Tolonglah Kami! Khabarkan kepada mereka: Kasihanilah kami.......Ada rakan kami masih ingin melihat showcase Sammy malam ini dan menonton ketegasan Ahmad Dhani dan memanfaatkan ilmunya di Mania!

Contohnya, lihat saja kata Diva kami dari akhbar Kosmo!:
Diva: Tak sabar nak menyaksikan showcase Sammy Simorangkir yang bertempat di Seduction Club and Live Bar pada 8 Mei 2012, pukul 9 malam.

Kami juga ingin memiliki bintang sehebat anda!!!!!!

Hairan pula, tiada tunjuk perasaan di depan Kedutaan Singapura di Jakarta membabitkan warga Indonesia juga. Ketahui lebih lanjut di sini.
 
 

Hanya sekadar desakan dari pihak kedutaan Indonesia di Singapura..... Tidak timbul perkataan ganyang Singapura!

Alahai, tolong ya, pak!?



Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails