Dia gadis cantik dari negara seberang. Bersendirian tanpa pendamping.
Dalam rintik hujan, pada suatu senja, dia ditemui seorang jejaka yang kemudian amat mengagumi kecantikannya.Dia memberikan sebuah senyuman yang tidak tertafsirkan. Kemudian dia menangis, bercerita tentang derita.
Adriadie - si jejaka tadi - bertekad mencuba untuk menyingkirkan penderitaan si gadis dan berjanji untuk bersetia. Kisah ini menjadi sumber ilham baginya menghasilkan sebuah lagu lembut mendayu. Tiada siapa selain Adriadie tahu bagaimana rupa gadis tersebut, namun kisah kelukaannya membuat ramai orang termasuk di Malaysia dan Singapura serta Brunei ingin berkongsi pedih dan cuba merawatnya serta menawannya.....
Demikian yang dapat saya catat tentang Widuri.
Semenjak tahun 1976, lagu tersebut tidak pernah mati! Dinyanyikan sentiasa. Saya teringat dalam satu final Bintang RTM - 1977 kalau tidak silap - dua peserta menyanyikan lagu tersebut. Seorang dari Sarawak, Ibrahim Doming, yang saya ingat imej rambut lurus basahnya. Seorang lagi penyanyi, S Ahmad [arwah] yang sebelum itu pernah merakamkan album, dengan lagu popularnya Duniaku serta lagu duet bersama S Rohani - Aku Tak Mahu DiMadu serta Mari Bermain Tali.S Ahmad pernah juga bertugas sebagai pengulas sukan di TV3.
Penyanyi asalnya, Bob Tutupoly, tidak pernah lekang dengan lagu itu pada setiap persembahannya. Terakhir, kita melihat dan mendengarnya sempena pelancaran
ABNxcess - rangkaian kabel tv digital pertama negara pada 10 Jun lalu oleh Perdana Menteri Di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Tiga puluh tujuh tahun telah berlalu. Tiga puluh lapan [38] tahun, jika didasarkan pada frasa di musim yang lalu, sedang lagu itu dirakamkan buat pertama kali pada tahun 1976.Dia bukan lagi anak muda. Paling kurang usianya telah menjangkau 60 tahun. Bersama seseorang - mungkinkah Adriadie? - yang berjaya merebut hatinya, mereka pasti sudah pun mempunyai beberapa cucu.......
Di manakah Widuri kini?
Di suatu senja di musim yang lalu
Ketika itu hujan rintik
Terpukau aku menatap wajahmu
Di remang cahaya sinar pelangi
Lalu engkau tersenyum
Ku menyesali diri
Tak tahu apakah erti senyummu
Ketika itu hujan rintik
Terpukau aku menatap wajahmu
Di remang cahaya sinar pelangi
Lalu engkau tersenyum
Ku menyesali diri
Tak tahu apakah erti senyummu
Dengan mengusap titik airmata
Engkau bisikkan deritamu
Tersentuh hati dalam keharuan
Setelah tahu apa yang terjadi
Sekian lamanya engkau
Hidup seorang diri
Ku ingin membalut luka hatimu
Engkau bisikkan deritamu
Tersentuh hati dalam keharuan
Setelah tahu apa yang terjadi
Sekian lamanya engkau
Hidup seorang diri
Ku ingin membalut luka hatimu
Widuri
Elok bagai rembulan... oh sayang
Elok bagai rembulan... oh sayang
Widuri
Indah bagai lukisan... oh sayang
Indah bagai lukisan... oh sayang
Widuri
Bukalah pintu hati untuk ku
Bukalah pintu hati untuk ku
Widuri
Ku akan menyayangi
Ku akan menyayangi
Demikianlah, kalau mahu diceritakan makna malar segar......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan