1972.Bolasepak. Perlawanan pembukaan, Malaysia lawan Jerman Barat. JERMAN!!!! Bukan Maldives atau Filifina! Riuh sekampung. Tapi tak ramai yang berpeluang menonton.Sebab, walaupun ada siaran langsung, tak ada sebuah tv pun di kampung! Hanya TIGA orang saja yang mendapat peluang. Manusia bertuah itu ialah Ayah, seorang jiran dan SAYA. Kami berbasikal hampir 10km malam itu. Ke rumah datuk saudara sebelah emak di Batu 6, Simpang Empat. Saya dibawa oleh ayah sebagai pemberi salam untuk tuan rumah membuka pintu, lagi pula semasa cuti sekolah kerap juga saya dihantar 'bermain' di situ dua tiga hari. Maka menontonlah kami. Majlis perasmian diikuti perlawanan bersejarah itu. Walaupun kami kenal pemain seperti M. Chandran, Soh Chin Aun, Bhawandi Hiralal, Wong Kam Fook (penjaga gol) Ali Bakar, Shaharuddin dan abangnya,Namat Abdullah serta Wan Zawawi, (Satu Malaysia dulu lagi)tapi kami menjadi penonton yang berdisiplin. Diam. Rumah orang......
Sekarang? Tv merata.
Sekarang? Malaysia nak melawan Jerman di Sukan Olimpik? Mimpilah.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan