Selasa, 19 Januari 2010

Telethon '90




Rancangan tv terbitan RTM. Untuk memungut derma di mana penderma boleh berjanji untuk menyumbangkan sejumlah wang dan nama akan dipaparkan di skrin. Terlibat sama ialah artis, ahli sukan dan penyair. Antaranya M. Kumaresan, Andrian [gambar] (penyanyi Sayangi Daku) dan A Samad Said.
Dua perkara yang melekat hingga kini. Bila pengacara memperkenalkan A Samad Said, si cilik Andrian selamba berkata, "ingat 'kan Mat Rock", merujuk rambut panjang Sasterawan Negara itu. Ramai mengecamnya dalam akhbar, menganggap kenyataan biadap...
Pada malam itu jugalah negara dikejutkan dengan penarikan diri Parti Bersatu Sabah pimpinan Pairin Kitingan dari komponen Barisan Nasional untuk menyertai Parti Melayu Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh dan PAS serta DAP . Sedangkan Pilihanraya Umum akan berlangsung... Bayangkan kecohnya suasana...
Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

Begadang


Lirik oleh Rhoma Irama
© 1976 Yukawi

Begadang jangan begadang
Kalau tiada artinya
Begadang boleh saja
Kalau ada perlunya

Kalau terlalu banyak begadang
Muka pucat karena darah berkurang
Bila sering kena angin malam
Segala penyakit akan mudah datang

Darilah itu sayangi badan
Jangan begadang setiap malam




Nyanyian Hj Rhoma Irama ini, pernah dirakam semula oleh Hamidah Ahmad sekitar 1970-an. Tetapi adik kepada Eddie Ahmad ini menggantikan Be(r)gadang dengan Meradang. Tentulah jadi lain maksudnya dan pelik pula sebab hanya satu perkataan itu diubah. Maksud begadang ialah berjalan malam (merayau). Jadi cubalah fikirkan jauhnya makna kalau diganti dengan meradang.
Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

elegi sepi


Saat mentari beradu
Rembulan pun bertamu

Hatiku menjadi sayu
Dalam kesamaran waktu


Mengapakah rinduku
Masih ada dalam kalbu
Sedangkan cinta itu
Sudah berlalu


Mungkinkah rasa bersalah
Masih menghimpit jiwa
Kerna terlalu tega
Membuatmu terluka


Dikau yang begitu setia
Tabah hadapi segala
Namun ku menjadi alpa
Kesal akhirnya


Korus:
Aku pinta kepadamu
Maafkan lah kesilapanku
Aku tahu kau dan aku
Tidak mungkin akan menyatu


Aaa¡­
Apa yang tertinggal kini
Kesedaran dihati
Yang kan tetap bersemadi
Menjadi elegi sepi



Biarlah doa tulusku
Mengiringi jalanmu
Kan menebus khilaf ku
Terhadapmu



Ohhh¡­
Aku pinta kepadamu
Maafkan lah kesilapanku
Aku tahu kau dan aku
Tidak mungkin akan menyatu


Biarlah doa tulusku
Mengiringi jalanmu
Kan menebus khilaf ku
Terhadapmu





Julfekar sang pencipta lagu ini adalah juga penulis lagu puisi. Malangnya hanya sepatah perkataan merosakkan keindahan lirik puitis ini. Alangkah baiknya kalau menyatu digantikan dengan bersatu? hukum tatabahasa rasanya lebih dekat begitu.
Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

Ahad, 17 Januari 2010

gerimis mengundang



Slam

Gerimis Mengundang (Saari Amri )

Kusangkakan panas berpanjangan
Rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang
Dalam tak sedar ku kebasahan

Pernah juga kau pinta perpisahan
Aku sangkakan itu hanyalah gurauan
Nyata kau serius dalam senyuman

( korus )
Bukan sekejap denganmu
Bukan mainan hasratku
Engkau pun tahu niatku
Tulus dan suci
Senang benar kau ucapkan
Kau anggap itu suratan
Sikit pun riak wajahmu
Tiada terkilan

Hanya aku separuh nyawa
Menahan sebak di dada
Sedangkan kau bersahaja
Berlalu tanpa kata
Terasa diri amat terhina kau lakukan
Terasa diri amat terhina kau lakukan

( ulang dari korus )

Sia-sia kukorban selama ini
Jika kasihku, jika hatiku
Kau guris oh oh oh...
Dalam tak sedar ku menangis

Lagu ini cukup popular hingga terdapat berpuluh versi termasuk bahasa daerah di Indonesia. Ciptaan Saari Amri sepenuhnya. Beliau mengakui bukanlah penulis yang baik penguasaan bahasanya. Bagaimanapun 'penceritaan' beliau dalam lagu-lagunya amat dikagumi, hingga mampu mempopularkan banyak artis termasuklah UK's, Umbrella dan Slam.
Gerimis Mengundang. Kenapa 'mengundang'? Itu bukan sifat gerimis. Sepatutnya diganti dengan 'bertandang'. Itu memang sesuai untuk gerimis.... Kalaulah boleh ditulis semula....
Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

Sekadar Di Pinggiran






Tiada guna kau berpatah arah
Jika niatmu menyambung kasih
Apalah ertinya di sebalik
Tangisan atau rintihan

Untuk apa kau kembali lagi

Sekadar hanya untuk menyakiti
Cukuplah sudah di sini saja
Biar aku pendam duka


Hati sedih, hati pedih
Mengenangkan keindahan
Bersamamu...

Tidak kusampai
Ke puncak sana
Apalah daya
Ku bertahan cuma
Di pinggiran
Yang memilukan...

Jauh sekali di sudut hati
Menyimpan dendam yang amat mendalam
Akan kusahut namamu oh! sayang
Sewaktu ku kesunyian...


1986.
]
Pertama kali TV3 menganjurkan apa yang sekarang dikenali sebagai Juara Lagu. Penyanyi pertama muncul untuk program itu ialah Raja Ema (lagu Jejaka Idaman) bagi bulan Januari. Juara setiap bulan bertarung di final. Manan Ngah mengungguli dua tempat teratas dengan Sekadar Di Pinggiran menjuarainya.

Masih basah di ingatan Fran melagukannya di hujung rancangan dengan berbaju kurung biru merah bunganya. Popular sungguh pasangan duet Roy (Royston Sta Maria - kini menetap di Australia - lagu popular mereka ialah Siapa Dia Sebelum Daku) itu pada pertengahan 80-an .

Manan Ngah adalah adik kepada Fatah, kartunis yang popular dengan watak A Mamud, dalam majalah humor Gila-Gila dahulu. Saudara mereka termasuklah arwah A Jalil Ngah (bekas warga teknikal TV3) yang juga disenangi kumpulan Search ketika mengadakan konsert.

Lagu ini menarik cuma lirik Lukhman S ini menjadi cacat pada bait akhir. Nama disebut bukan disahut! Sahutan adalah untuk panggilan....
Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

Sabtu, 16 Januari 2010

Sukan Olimpik Munich 1972





1972.Bolasepak. Perlawanan pembukaan, Malaysia lawan Jerman Barat. JERMAN!!!! Bukan Maldives atau Filifina! Riuh sekampung. Tapi tak ramai yang berpeluang menonton.Sebab, walaupun ada siaran langsung, tak ada sebuah tv pun di kampung! Hanya TIGA orang saja yang mendapat peluang. Manusia bertuah itu ialah Ayah, seorang jiran dan SAYA. Kami berbasikal hampir 10km malam itu. Ke rumah datuk saudara sebelah emak di Batu 6, Simpang Empat. Saya dibawa oleh ayah sebagai pemberi salam untuk tuan rumah membuka pintu, lagi pula semasa cuti sekolah kerap juga saya dihantar 'bermain' di situ dua tiga hari. Maka menontonlah kami. Majlis perasmian diikuti perlawanan bersejarah itu. Walaupun kami kenal pemain seperti M. Chandran, Soh Chin Aun, Bhawandi Hiralal, Wong Kam Fook (penjaga gol) Ali Bakar, Shaharuddin dan abangnya,Namat Abdullah serta Wan Zawawi, (Satu Malaysia dulu lagi)tapi kami menjadi penonton yang berdisiplin. Diam. Rumah orang......
Sekarang? Tv merata.
Sekarang? Malaysia nak melawan Jerman di Sukan Olimpik? Mimpilah.....
Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

"Mikrofon kontot"


1975. Rancangan tv (masih hitam putih) paling popular terbitan RTM ialah AHMAD DAUD SHOW. Hosnya tentulah Dato Ahmad Daud Hashim.Kalau Nabil (2009) melekat dengan 'ko pikirla sendiri', ayahanda Ogy ini terkenal dengan 'steadyla'. Dalam satu episod, bersama dengan arwah A K JAILANI (pernah menjadi Ahli Mesyuarat Tingkap, filem Do Re Mi), beliau cuba tunjukkan satu keanihan ciptaan manusia. Mikrofon tanpa wayar. Maka disuruhlah satu kamera tv dihala ke siling studio untuk membuktikan bahawa tiada penipuan; betul-betul mikrofon itu tidak berwayar. disebutnya nama "mikrofon kontot".
Sekarang?
Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

Ahad, 10 Januari 2010

Mawarku


Kau mawarku
Juwita kalbu
Gadis yang ku rindu
Kau remaja menawan hatiku
Merayu jiwaku

Kau teruna
Rangkai nyawa
Lampu hati beta
Mestikah pergi jauh kembara
Ku terbayang jua

( korus )
Bila engkau hilang di mata
Tidur nyenyak ku tak bisa
Ku terkenang wajahmu dinda
Hancur kerna
Kau Juwita/teruna

Mawar putih
Suci murni
Pujaan jauhari
Senyumanmu yang menawan hati
Gadisku pertiwi


Lagu lama. Dinyanyikan semula oleh Eddie Ahmad (arwah) dan adiknya Hamidah (tahun 70-an). Memang lagu duet tapi tentu tak sesuai dinyanyikan pasangan adik-beradik. Dirakam juga oleh 2 by 2 dan Siti Nurhaliza. Tapi pernah dibawakan juga oleh Ito (Blues Gang) secara solo. Kartunis Rejabhad (arwah) komen melalui Prebet Dabus, kartunnya dalam Mingguan Malaysia ketika itu. Maksudnya, lebih kurang, seram.... Apa taknya bila lelaki berlagu:
Kau teruna
rangkai nyawa


Sekarang? Adakah yang peduli?
Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

Sabtu, 9 Januari 2010

Gubahanku




......................
Setahun kita berpisah
serindu terasa sudah
duhai gadis (kasih)pujaanku
cintaku hanya padamu

Ini lagu Indonesia. Nyanyian asal Broery Marantika dan Anna Manthovani. 1970-an. Ramai yang dah rakam semula. Antaranya Ismail Haron (penyanyi 70-an, digelar TOM JONES Singapura, pernah jadi rakan duet Anita Sarawak, antara lagu popular Ilham Pujangga, Delilah, Ikan Kikik dan Ku Tak Minta Lahir Ke Dunia) dan Dato' Siti Nurhaliza. Ismail menggunakan tajuk Persembahanku bagi lagu ini.Siapapun yang alunkan akan sebut serindu, sedangkan sepatutnya sewindu. Sewindu maknanya tujuh tahun.Jadi bagi yang bercinta sehari serasa setahun, maka setahun serasa tujuh tahun. Takkanlah setahun berpisah rasa serindu pula.....
Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

Gelombang (Salamiah Hassan)



Nasibku dirundung malang

Sederas gelombang

Menghempas di pantai
Semalam aku ternoda
Dalam sinar cahaya di jendela
Tiada esok lagi
Gelap masa depan
Sinar hidup ini tiada erti

Hidupku seperti badai
Tak henti gelora
Musnahlah segala
Perasaan dan harapan
Untuk hari esok tiada lagi

Oh Tuhanku
KepadaMu ku pohon ampun doa restu
Lindungilah daku yang tidak berdaya
Di bumiMu ini





1978. Sebuah sekolah adakan Malam Pelajar. Antara 'artis' ialah seorang penghuni asrama putera. Dia pilih lagu itu. (Ciptaan Kassim Masdor, lirik Bahyah Mahmood (BAM), bekas pengarang Pancaindera Mingguan Malaysia. Dari filem Tiada Esok Bagimu). Nyanyi dengan penuh perasaan. Besoknya, ketika bangga dipuji, ramai rakan tanya "siapa noda hang?" pH muka kawan tu terus jadi 4!
Tapi itu cerita 1978. Sekarang? Adakah yang peduli?


Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

Jumaat, 8 Januari 2010

"Majnun, cantik sangatkah Laila 'tu?"



Anda bersendirian. Tiba-tiba bahu ditepuk. Anda menoleh. Seorang rakan bersama seseorang. Selepas berbasa-basi sedikit, dia perkenalkan si dia sebagai bakal teman hidupnya. Anda angguk. Menyapa dengan beberapa perkataan biasa bab 'pengenalan' diadun dengan secubit senyuman. Mata sekilas memerhati atas bawah.

Mereka berlalu. Anda sendiri semula.

Tak payah ulas tentang 'keserasian' mereka. Tapi, sejujurnya, berkenankah anda dengan pilihan rakan tadi?
Not my taste.

Lalu anda bandingkannya dengan pilihan anda sendiri, si dia yang anda panggil 'sayang'. Huh!Tentulah amat berbeza. Alasan anda? Apa-apalah!

Maha suci Allah yang mencipta kerencaman fikiran pada manusia. Mungkin rakan anda tadi akan melihat kekurangan 'sayang' anda jika mereka bertemu. Dengan alasan-alasannya pula!

Demikian saya cuba membuka 'subjektif'.

Pandangan , tafsiran dan penilaian kita tak sama seluruhnya. Baju yang anda pakai bagi saya tak cantik langsung coraknya, sedangkan anda sudah tak mampu melangkah sebaik melihatnya pertama kali tergantung di kedai bundle! Bedak talkum yang saya sekeluarga gunakan, bagi anda hanya sesuai untuk melicinkan perjalanan buah carrom! Demikianlah seterusnya.

Kita kena terima kerencaman.

Dikatakan seseorang mengusik Qais, sang majnun," Cantik sangatkah si Laila? Bagiku, dia seperti gadis biasa lainnya....."

Jawab Qais," Kalaulah engkau melihat Laila dengan menggunakan mataku.....!"
Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails