Isnin, 21 Januari 2013

Nota Terakhir Tentang Teratai

Saya tidak berniat  negatif ketika mencatat entri Teratai, Jangan Layu Di Tasik Madu.

Hanya kebimbangan seorang bapa yang saya ada tatkala itu. Membaca akhbar, menonton berita serta beberapa blog sejak paginya, saya masih menyimpan harapan agar berita kepulangan Teratai Kamilia dapat didengar menjelang petang. Namun sehingga jam 6 petang, harapan itu tinggal begitu juga.

Saya punya tiga anak perempuan sebaya Teratai. Memandang dan mengingat mereka, saya tahu tahap kesugulan dan kebimbangan keluarga Teratai. Teratai masih terlalu muda.

Lantas, sari sudut hati seorang bapa, saya mula mencatat, membayangkan anak saya sebagai Teratai. Sedang berbagi antara keceriaan/kebingungan di 'luar sana'. Lalu saya 'menasihatkannya' agar pulang segera ke pangkuan keluarga. Itu sahaja.


Sejak pertengahan pagi Sabtu hingga awal pagi Isnin saya berada jauh di luar daerah. Tanpa menonton tv, membaca akhbar atau melawat blog mana-mana. Perkembangan kes Teratai juga tidak saya ketahui.

Pagi tadi saya membuka blog saya dan mendapati ada satu komen di hujung entri terakhir itu, dari bapa saudara Teratai, GioGio Giorno:

assalam,
saya pakcik kepada teratai..
alhamdulillah, dia dah selamat dijumpai di Taman Pelangi Johor, dengan bantuan kawan saya yang bekerja di kawasan JB....
diminta jasa baik anda agar berhenti segala komen2 dan tomahan yang boleh mengaibkan kami sekeluarga....
anda tak tahu apa yang berlaku, sidang media hanya menokok tambah cerita...
sil faham keadaan kami... 
19 Januari 2013 7:56 PTG

Ertinya ketika catatannya dimuatkan, saya sedang terputus hubungan dengan blog ini. Sebaik saya membacanya, saya menggantung seketika entri berkenaan.

Alhamdulillah, Teratai Kamilia selamat dijumpai. Semoga kejadian itu tidak lagi berulang dan keluarganya akan menjalani hidup seperti biasa.

Saya melayari internet untuk mendapatkan kepastian. Pakcik Google memberikan satu blog yang menceritakan penemuan semula Teratai tersebut - di sini. yang dipetiknya dari akhbar Kosmo!Online.
 
Saya mencari lagi kalau-kalau ada info lain. Rupanya dua minit sebelum diposkan ke blog saya, Pakcik Teratai telah juga mengepos permintaan/catatan yang sama kepada Mazidul Akmal Sidek  -di sini.

Bersama Mazidul

Mungkin semua blog yang memuatkan cerita kehilangan Teratai telah mendapat catatan/harapan  GioGio Giorno yang juga seorang blogger itu.

Saya pula berhadapan dengan beberapa pembaca yang bertanya kenapa dibuang entri yang mengandungi sebanyak 180 patah kata itu.  Untuk berlaku adil, saya naikkan semula entri berkenaan dan mencatat ini untuk semua. Kita tentunya cukup matang untuk menilai bentuk apakah tulisan saya. Mungkin permintaan agar dihentikan komen/ tohmahan yang mengaibkan itu ditujukan kepada pembaca-pembaca semua blog yang berkaitan kehilangan Teratai. Masalah bagi masyarakat kita ialah mengawal bahasa dan pendapat ketika mengulas sesuatu...... Lebih-lebih kepada yang hanya bijak menuding jari serta cepat menyalahkan orang.....

Sekali lagi, terutama kepada keluarga Teratai Kamilia, saya tiada niat negatif ketika mencatat pada petang Jumaat itu. Saya sekadar berkongsi rasa - dengan cara saya.

Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

Jumaat, 18 Januari 2013

Teratai, Jangan Layu Di Tasik Madu



Teratai Kamilia Mohd Hafiza


Indah alam luar, nak. Di matamu, di janji kekasihmu. Tapi semua itu bak fatamorgana.

Pulanglah, Teratai.

Muhamad Shahril Imran Muhamad Mudrika
Tidak akan ditemui keindahan sebenar di mana-mana pun. Percayalah, selamat selamatnya berada di dalam serkupan kasih keluarga, biarpun sesekali ada yang tidak Teratai senangi.

Teratai masih terlalu muda untuk memahami bahawa madu yang memenuhi tasik sebagaimana janji kekasihmu tidak pernah wujud. Kalau pun ada, sifatnya hanya amat sementara.

Akhirnya Teratai akan layu begitu sahaja.Terbiar dalam sesalan yang tidak lagi bermakna.

Teratai masih mentah untuk mengerti simpang-siur kehidupan. Shah yang Teratai sayangi itu juga masih tidak boleh menjanjikan apa-apa selain berilusi. Dia cuma enam tahun lebih tua darimu, nak, tetapi masih jauh dari usia matang - pilihanraya umum keempat belas pun belum pasti dia layak sebagai pengundi....
Shah juga tidak tahu di sebalik singkapan nanti, ada pelbagai onak bakal menerjah. Dia hanya mahu berseronok untuk seketika.

Masih panjang dan jauh jalan di hadapanmu, nak.

Ingat ayah dan ibu, ingat nenek dan kawan serta guru. Ingat Allah.

Pulanglah Teratai. Seketika lebih dari waktu sekarang, Teratai akan menyesal dan layu.Tasik madu yang dijanjikan itu hanya berisi kala jengking,onak dan bara.....

Sumber: Kosmo! Online

Kebetulan pula:




Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails