Khamis, 2 Disember 2010

Espana "82



Berlangsung di bumi Andalusia. Itali menjuarainya. Terima kasih pada kemunculan Paolo Rossi [kanan] yang tepat pada masa, ketangkasan Dino Zoff yang dikelilingi oleh pemain seperti Marco Tadelli. Zoff kekal sebagai pemain tertua- kapten lagi- menjulang piala pada usia 40 tahun.
Antara yang akan dikenang: Brazil dengan skuad terbaik ( Zico [kiri], Falcao, Dr Socrates, Junior dan lainnya) gagal dalam pertembungan klasik menentang Perancis {dianggotai Platini). Zico sendiri gagal menyudahkan penalti yang mungkin merubah sejarah. Maradona gagal membantu pasukannya mempertahankan kejuaraan, malah dianugerahkan kad merah ketika bertembung Brazil.
Di Malaysia.
Penaja main tarik tali untuk memungkinkan perlawanan di Sepanyol disiarkan secara langsung. Kehampaan peminat sukar digambarkan. Mujurnya muncul seorang warga dari selatan (tionghua) mencadangkan di akhbar KITA KUTIP DUIT RAKYAT MALAYSIA!
Tanpa berkira dan dipaksa, peminat tulen menghantar sumbangan semampu mungkin. Akhirnya semua dapat menyaksikan perlawanan secara langsung di tv. Walaupun pasukan sendiri masih terus bermimpi untuk menyertainya, warga Malaysia megah. Betapa tidak?
Sebelum dan sesudah perlawanan, akan ada pengumuman "SIARAN SECARA LANGSUNG INI DITAJA OLEH RAKYAT MALAYSIA".
Mungkinkah cerita ini berulang????
Malaysiaku....
Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails