
Harap berbondong-bondonglah peminat bolasepak yang memiliki beberapa kriteria lain, ke Sri Pentas, esok.
Rahim Razali |
Hasbullah Awang |
Ada ujibakat pengulas bola sepak untuk Media Prima [terutama TV3 dan TV9]
Dato Hasbullah Awang telah tiada. Dato Rahim Razali telah dimamah usia. Mereka berdua pengulas yang versatile yang kita pernah miliki. Sekadar menyebut dua nama itu kerana kalau mahu disebut nama Aziz Ibrahim, Zulkarnain Hassan dan Baharin Tahir pada era RTM dahulu, ramai generasi sekarang sukar untuk mengenali mereka.
Kita perlukan pengulas yang berkaliber. Yang tahu tentang permainan yang mahu diulas. Perlu membezakan mengulas untuk radio dengan mengulas tv.
Ingat pengulas perlawanan JDT dengan Pahang dalam perlawanan pembukaan musim Liga Malaysia 2015?
Saya terus terkenang Dato Hasbullah dan Dato Rahim...
Semoga esok akan ditemui pelapis mereka yang SEBENAR!
Menariknya, mesej di tv untuk acara esok disampaikan oleh pengulas sukan yang dicemuh di laman sosial itulah. Siap dengan menyatakan tiga kriteria yang tidak digemari penonton tv ketika mendengar ulasan...
Macam bagus, kan?
Hehehe.....