Selasa, 27 Januari 2015

Mencari Hasbulah Awang


Harap berbondong-bondonglah peminat bolasepak yang memiliki beberapa kriteria lain, ke Sri Pentas, esok.

Image result for rahim razali
Rahim Razali
Image result for hasbullah awang
Hasbullah Awang
Ada ujibakat pengulas bola sepak untuk Media Prima [terutama TV3 dan TV9]
Dato Hasbullah Awang telah tiada. Dato Rahim Razali telah dimamah usia. Mereka berdua pengulas yang versatile yang kita pernah miliki. Sekadar menyebut dua nama itu kerana kalau mahu disebut nama Aziz Ibrahim, Zulkarnain Hassan dan Baharin Tahir pada era RTM dahulu, ramai generasi sekarang sukar untuk mengenali mereka.
Kita perlukan pengulas yang berkaliber. Yang tahu tentang permainan yang mahu diulas. Perlu membezakan mengulas untuk radio dengan mengulas tv.

Image result for jdt pahang piala sumbangsih
Ingat pengulas perlawanan JDT dengan Pahang dalam perlawanan pembukaan musim Liga Malaysia 2015?

Image result for jdt pahang piala sumbangsihBeribu luahan di laman sosial mencurahkan ketidakpuasan mengikuti ulasannya. Sebahagiannya mengatakan pengulas itu seperti mengulas untuk radio. Setiap pergerakan bola dinyatakan, sedangkan semua mata boleh melihatnya. Ayat pula berbelit dan panjang...
Saya terus terkenang Dato Hasbullah dan Dato Rahim...

Semoga esok akan ditemui pelapis mereka yang SEBENAR!

Menariknya, mesej di tv untuk acara esok disampaikan oleh pengulas sukan yang dicemuh di laman sosial itulah. Siap dengan menyatakan tiga kriteria yang tidak digemari penonton tv ketika mendengar ulasan... 

Macam bagus, kan?

Hehehe.....

Kesudian anda ke sini amat dihargai. Jangan serik untuk kembali. Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails